Berita Auto

VOTY 2021//Vehicle of the Year 2021 – Honda City RS

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang melancarkan City dengan trenkuasa hibrid e:HEV? Acap kali, Malaysia berada di belakang negara-negara lain dari segi penawaran model terbaharu namun kali ini, Honda Malaysia memutuskan yang pelanggannya berhak mendapat yang terbaik dengan segera. Oleh itu, pada Oktober tahun lalu, City RS e:HEV dilancarkan sebagai varian tertinggi dalam barisannya.

Bagi kami, City RS memberikan impak yang terbesar kepada industri automotif tempatan dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Diposisikan sebagai varian tertinggi dalam barisannya, City RS merupakan model City pertama yang didatangkan dengan pakej ‘RS’ yang membawakan kit badan aerodinamik dengan aksen hitam dan rekaan gril unik, serta upholsteri kulit dan Ultrasuede.

Namun apa yang menjadikan City RS betul-betul unik dan menarik adalah sistem hibrid e:HEV. Walapun secara rasminya ia diklasifikasikan sebagai hibrid, trenkuasa ini tidak ubah seperti kenderaan elektrik yang dibantu oleh enjin petrol yang bertindak sebagai penambah jarak (range extender). Sangat menakjubkan, terutamanya dalam segmen ini di mana pengeluar selalunya menggunakan teknologi lama untuk mengurangkan kos.

Spesifikasi Honda City RS

Enjin: petrol empat silinder, hibrid
Kapasiti: 1,498 cc
Kuasa/tork enjin: 97 hp/127 Nm
Kuasa/tork motor elektrik: 108 hp/253 Nm
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM105,950

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

Proton Saga Mula Dipasang Di Pakistan, Akan Diikuti Oleh X70

Next post

Mercedes-Benz A-Class Versi CKD Dilancarkan - Dari RM219,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *