Aston Martin DBX Straight-Six Untuk Pasaran China Sahaja
Aston Martin baru-baru ini memperkenalkan varian baharu DBX yang dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris, menjadikan ia model enam silinder yang pertama dari jenama itu itu dalam tempoh lebih dua dekad. Bagaimanapun, ia akan dijual di China sahaja.
Dikenali sebagai DBX Straight-Six, model ini dikuasakan oleh enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris dengan sistem hibrid ringkas (mild-hybrid) yang dihasilkan oleh Mercedes-AMG. Ia menghasilkan 435 hp dan 520 Nm, sama seperti model-model Mercedes-AMG 53.
Sistem mild-hybrid tersebut adalah jenis 48-volt dengan Integrated Starter-Generator yang mampu tork elektrik tambahan sehingga 250 Nm untuk tempoh tiga saat bagi membantu presasi pecutan.
Dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, SUV ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 269 km/j. Bacaan penggunaan bahan api pula adalah 10/5 liter/ 100 km mengikut kitaran WLTP.
Jika dibandingkan dengan varian V8 yang mempunyai 550 PS dan 700 Nm, versi ini 0.9 saat lebih perlahan dalam aspek pecutan, manakala kelajuan maksimumnya pula lebih rendah sebanyak 32 km/j.
Kelengkapan lain yang turut disertakan pada DBX Straight-Six adalah Limited Slip Differential elektronik pada gandar belakang, anti-roll bar elektronik, aci pacuan (driveshaft) gentian karbon dan sistem suspensi udara adaptif yang boleh dinaikkan sebanyak 45 mm dan diturunkan sebanyak 30 mm dari ketinggian standard.
Model ini kini dibuka untuk tempahan di China dengan harga bermula dari 1.898 juta yuan (sekitar RM1.24 juta).
No Comment