Honda Civic FE Dapat 5 Bintang Dalam Ujian ASEAN NCAP
Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) kini sedang melaksanakan protokol penilaian baharu untuk 2021-2025. Kereta pertama yang diuji di bawah protokol baharu ini adalah Honda Civic (model spesifikasi Thailand) yang dilancarkan di Thailand pada Ogos lalu.
Protokol baharu ini merangkumi empat domain penilaian:
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 40 mata
- Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) – 20 mata
- Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 20 mata
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) – 20 mata
Honda Civic serba baharu menerima penarafan lima bintang dengan markah keseluruhan sebanyak 83.47 mata. Ia mencatat 36.59 mata dalam AOP, 18.32 mata dalam COP, 18.16 mata dalam SAT dan 10.39 untuk MS.
Varian Civic yang diuji dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:
- Electronic Stability Control (ESC)
- Anti-lock Braking System (ABS)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- AEB City
- AEB Inter-Urban
- AEB Pedestrian
- AEB Bicycle
- AEB Motorcycle
- Auto High Beam (AHB)
- Child Presence Detection (CPD)
- Pedestrian Protection
- Enam beg udara
- Seatbelt Reminder System (SBR) hadapan dan belakang
- Blind Spot Visualization (BSV)
- Forward Collision Warning, (FCW)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Keep Assist (LKA)
- Driver Attention Monitor (DAM)
Sempena pelaksanaan protokol baharu ini, Honda melengkapkan teknologi AEB untuk motosikal secara standard pada semua varian Civic. Teknologi baharu ini boleh mengesan kehadiran motosikal pada bahagian hadapan kereta dan akan melakukan brek kecemasan secara automatik sekiranya pemandu tidak menyedari kehadiran penunggang motosikal.
No Comment