Perodua Myvi Facelift 2022 Hadir Dengan PDSA, Dwi-Mod CVT
Perodua telah melancarkan Myvi generasi ketiga versi facelift yang hadir dengan rekaan baharu, teknologi terkini serta ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, model ini ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.5AV (Advance), 1.5H, 1.5X , serta dua varian 1.3 iaitu 1.3G dan 1.3G (Basic). Berikut adalah harga bagi setiap varian:
Di samping rekaan bampar baharu yang lebih sporty, perubahan paling ketara pada Myvi facelift termasuk penambahbaikan dalam sistem keselamatannya yang kini menampilkan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA).
AV
Disertakan secara standard pada semua varian kecuali 1.3G Basic, PDSA yang direka untuk keselamatan pemandu dan pejalan kaki menampilkan ciri-ciri Advance Safety Assist versi 3.0, Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Assist (LKS), Blind Spot Monitoring System (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Ini bermakna empat daripada lima varian Myvi facelift yang ditawarkan mempunyai teknologi Autonomi Tahap 2.
“Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia, syarikat kereta menawarkan teknologi Autonomi Tahap 2 kepada model di bawah tanda harga RM60,000,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Satu lagi peningkatan yang terdapat pada model ini adalah transmisi dwi-mod CVT (Continuous Variable Transmission) baharu yang menggantikan transmisi automatik empat kelajuan sebelum ini.
H
Dato’ Zainal berkata CVT ini bukan sahaja ringan dan bersaiz kompak, malah berupaya meningkatkan lagi kecekapan transmisi dan memberikan pecutan yang lebih lancar sebanyak 20 peratus pada kelajuan rendah.
Dari segi kecekapan bahan api pula, Myvi baharu dikatakan mampu mencatatkan peningkatan sebanyak 5 peratus atau tambahan 1 km bagi setiap liter bahan api.
X
“Peningkatan kecekapan bahan api Myvi Baharu adalah komitmen kami ke arah mengurangkan impak kepada alam sekitar dan usaha kami ke arah matlamat untuk menjadi sebuah organisasi karbon neutral,” tambah Dato’ Zainal.
Myvi baharu kini boleh didapati dalam warna Cranberry Red (varian AV sahaja), serta warna-warna lain iaitu Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.
G
Menurut Perodua, sebanyak 4,303 tempahan untuk Myvi baharu telah berjaya dikumpul sejak tempahan untuknya dibuka pada 9 November lalu.
No Comment