Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Scania Sambut 10 Tahun Pertamanya Di Ipoh

Scania yang meraikan 10 tahun pertamanya (F10Y) di Ipoh, berikrar untuk terus membina perkongsian mampan yang membantu para pelanggannya mencapai keberuntungan dalam perniagaan dan alam sekitar. Sambutan yang dianjurkan secara dalaman itu, dihadiri oleh semua kakitangan di Pusat Jualan dan Perkhidmatan Scania Malaysia cawangan Ipoh (SMYIPH) itu, turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Heba El Tarifi; Pengarah Perkhidmatan Scania Asia Tenggara, Thor Brenden; Pengurus Serantau – Wilayah Utara, Scania Asia Tenggara, Wong NyookLin dan Pengurus Bengkel SMYIPH, Wan Noaimadudin. Pada sambutan itu, diadakan majlis menandatangani tanda peringatan F10Y; upacara memotong kek F10Y dan penyampaian Anugerah 10 Tahun Pertama untuk kakitangan yang telah berkhidmat 10 tahun, menjadikan suasana pagi itu amat meriah kepada mereka yang hadir.


“Kejayaan SMYIPH sejak 2011 bersandarkan kepada pembinaan perkongsian mampan sebagai sebahagian daripada rangkaian luas cawangan jualan & perkhidmatan Scania Malaysia,” kata Heba. Pelanggan-pelanggan di negeri Perak
dan di sepanjang lebuh raya Utara Selatan berterusan menikmati manfaat daripadapenyelenggaraan berjadual bagi mengelakkan kerosakan, meningkatkan masa beroperasi untuk trak, bas dan koc mereka. Begitu juga dengan Scania Assistance (bantuan perjalanan 24 jam) yang memberi kelegaan kepada pelanggan sekiranya berlaku sesuatu kepada kenderaan mereka.

“Perkongsian Scania Ecolution yang pertama adalah pada 2019, dan kemudian dengan menambah tawaran untuk membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan Karbon Dioxida (CO 2 ). Ditambah dengan Data-driven Services yang menerajui era baharu pengangkutan dan logistik, pelanggan kemudiannya boleh mengurus pengangkutan dengan lebih baik melalui Fleet Management System dan Scania Driver Training and Coaching.

Pelan Ansuran Pembaikan & Penyelengaraan7(IPR&M7) ditawarkan pada tahun ini untuk membantu pelanggan mencapai keuntungan pada kadar segera. Kini semua trak dan bas Scania baharu yang dibeli pada tahun 2021 dilengkapi dengan Mod Ekonomi dengan tetapan lalai untuk menjimatkan lebih banyak bahan api – bagi pelanggan yang mempunyai kenderaan sebelum tahun ini, mereka boleh berkunjung ke SMYIPH untuk mengaktifkannya.

CS5_0121-Heba-Thor-Nyooklin-and-Aiman
Heba-Thor-Nyooklin-and-Aiman

“Juruteknik SMYIPH menjadi peneraju dalam memastikan pelanggan kami mendapat waktu pengoperasian yang terbaik,” kata Thor. “Pada 2018, juruteknik SMYIPH memenangi Pasukan Terbaik cabaran amali di Malaysia. Pada tahun 2020, SMYIPH sekali lagi memenangi tempat pertama dalam Pasukan Terbaik cabaran teori Malaysia.

CS5_0517-F10Y

Pengiktirafan ini membuktikan kemahiran mereka yang sentiasa konsisten dalam penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan pelanggan kami. “Saya amat berbangga dengan pasukan saya di SMYIPH,” kata Wan. “Mereka telah
memacu perubahan yang nyata untuk perniagaan pelanggan kami, operasi dan, juga untuk alam sekitar sejak 10 tahun lalu. Mereka menjayakannya melalui kerjasama erat sebagai satu pasukan, baik dalam kalangan rakan sekerja mahupun dengan pelanggan kami dalam perkongsian sejati.

“Sepuluh tahun akan datang dan seterusnya, adalah waktu yang lebih mencabar buat SMYIPH, terutamanya dalam menyasar pengurangan pelepasan CO 2 dalam pengangkutan dan logistik selaras dengan komitmen kami terhadap Sasaran Berasaskan Sains” kata Nyooklin. “Pelanggan terus menghargai pendekatan penyelesaian menyeluruh yang kami laksanakan. Bahan api diperbaharui dan pengelektrikan, teknologi pengangkutan yang lebih selamat dan lebih bijak terus membawa kepada era baharu dalam pengangkutan dan logistik. Pasukan di SMYIPH bersedia untuk terus memacu anjakan ke arah sistem pengangkutan yang mampan dengan membina lebih banyak perkongsian mampan.”

Previous post

Volkswagen ID.5 Didedahkan; Coupé SUV Elektrik Baharu

Next post

Hyundai Kona Electric Rasmi Dilancarkan - Harga Dari RM150k

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *