Berita Auto

Toyota Corolla Cross Versi CKD Boleh Mula Ditempah

UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini mengumumkan yang Toyota Corolla Cross Hybrid kini dibuka untuk tempahan. Ia dipasang secara tempatan di kilang Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) di Bukit Raja, Selangor, bersama-sama dengan Corolla Cross 1.8V dan 1.8G. Kedua-dua model petrol ini sebelum ini ditawarkan dalam versi CBU dari Thailand.

Berikut adalah harga anggaran bagi ketiga-tiga model:

  • Toyota Corolla Cross 1.8 Hybrid: RM137,000
  • Toyota Corolla Cross 1.8V: RM129,000
  • Toyota Corolla Cross 1.8G: RM123,000
Toyota-Corolla-Cross-Hybrid_3.6

Terdapat lima warna yang ditawarkan iaitu Kelabu Celestite Metalik (hanya untuk Corolla Cross Hybrid), Putih Mutiara Platinum, Merah Mika Metalik, Biru Nebula Metalik dan Perak Metalik.

Corolla Cross Hybrid menggunakan Sistem Elektrik Hibrid Toyota generasi keempat yang merangkumi enjin petrol 1.8 liter dan sebuah motor elektrik. Enjin tersebut menghasilkan 98 PS pada 5,200 rpm dan 142 Nm pada 3,600 rpm, manakala motor elektrik tersebut menjana 53 kW (72 PS) dan 163 Nm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi E-CVT dengan mod pemanduan Eco, Sport, Normal dan EV.

Can-U-Afford-A-Crossover-Toyota-Corolla-Cross-Media-Drive-Malaysia-Launch-1.8G-and-1.8V-6.5

Sementara itu, Corolla Cross pula kekal dengan enjin 1.8 liter DOHC 16-injap dengan Dual VVT-i yang menghasilkan 139 PS pada 6,400 rpm da. 172 Nm tork pada 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi Sequential Shiftmatic (CVT) dengan tujuh kelajuan dan mod manual.

Jika dibandingkan dengan versi import, versi CKD ini ditambah baik dengan ciri-ciri baharu. Seperti Corolla Cross 1.8V, varian 1.8G juga memiliki lampu depan Bi-LED dengan lampu nyalaan siang LED, serta rel bumbung yang lasak. Di dalam, terdapat cahaya LED di pintu hadapan, pemegang cawan dan pelarasan kuasa lapan arah pada tempat duduk hadapan.

Toyota-Corolla-Cross-infotainment-6.0-1

Sistem infotainmen pula merangkumi skrin sentuh sembilan-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Bagi mengecas peranti, terdapat dua slot USB Type-C di bahagian belakang. Pelanggan juga ada pilihan pad pengecas tanpa wayar.

Corolla Cross Hybrid dan 1.8V dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 yang merangkumi Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dengan bantuan kendalian, Lane Tracing Assist (LTA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Automatic High Beam (AHB). Bagi model CKD, DRCC dan LTA telah dipertingkatkan agar boleh beroperasi dalam kelajuan penuh.

Can-U-Afford-A-Crossover-Toyota-Corolla-Cross-Media-Drive-Malaysia-Launch-1.8G-and-1.8V-6.2

Sama seperti model kereta penumpang Toyota lain, Corolla Cross juga hadir dengan jaminan kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan, dengan jaminan berasingan selama lapan tahun untuk pek bateri hibrid. Jaminan tersebut bukan hanya untuk pek bateri tetapi juga meliputi inverter dan Kawalan Pengurusan Kuasa ECU. Pelanggan juga boleh memilih untuk melanjutkan liputan penuh selama dua tahun.

Previous post

Kadar Kematian Memandu Mabuk Di Malaysia Antara Yang Terendah Menurut WHO

Next post

Ford Bronco Desert Racer - SUV V8 Khas Untuk Padang Pasir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *