Sukan

Vios Challenge Musim Ke-4 Tutup Tirai Dengan Perlumbaan Malam

Pusingan terakhir Vios Challenge musim keempat yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu lalu menyajikan aksi-aksi mendebarkan serta drama membabitkan keempat-empat kelas yang dipertandingkan.

Prince of Drift Malaysia iaitu Tengku Djan Ley, yang juga merupakan duta Toyota Gazoo Racing Malaysia, merangkul kejuaraan ketiganya dalam kelas Super Sporting, manakala Clement Yeo dan Shukri Yahaya masing-masing muncul juara dalam kelas Sporting dan Promotional pertama kalinya.

Sementara itu, pelumba simulator muda, Naquib Azlan berjaya menewaskan pelumba-pelumba muda lain untuk menjuarai kelas Rookie.

Menggunakan format perlumbaan malam, pusingan terakhir Festival Toyota Gazoo Racing dan Vios Challenge musim keempat menyaksikan antara saingan paling sengit sepanjang musim ini, dengan tidak kurang dari tiga pelumba merebut gelaran juara keseluruhan dalam kelas masing-masing.

“Walau berdepan musim yang sangat mencabar akibat pandemik di peringkat global, kami bersyukur kerana dapat menamatkan kejuaraan ini. Pengenalan perlumbaan malam juga membuatkan Vios Challenge lebih sukar dijangka dan menyeronokkan bagi pemandu dan penonton,” kata Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua pemandu, pasukan, penaja, rakan perniagaan dan semua individu yang terlibat dalam siri ini atas sokongan berterusan mereka. Kami akan kembali musim hadapan,” tambah beliau.

Acara tersebut juga dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu yang sempat menyampaikan hadiah, serta beramah-mesra dengan pelumba-pelumba kelas Rookie dan Promotional.

Juara Keseluruhan Vios Challenge Musim Keempat

Super Sporting Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel
Sporting Clement Yeo
Rookie Naquib Azlan
Promotional Shukri Yahaya

Previous post

Hyundai Dedahkan Konsep The SEVEN Sebagai Potensi IONIQ 7 EV

Next post

Volvo C40 Electric Akan Datang Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *