Servis / Selepas Jualan / Penyelenggaraan / Mod

Anggaran Kos Baiki Kereta Dilanda Banjir

Berapa agaknya kos untuk baiki kereta yang di tenggelam air banjir. Kita kongsi maklumat warga net yang tular di media sosial.

Ini adalah anggaran. Lebih kurang. Dan ini adalah harga bagi kereta biasa mampu milik rakyat seperti Myvi dan Saga. Kereta mewah tu sudah seharusnya lebih mahal. Boleh tambah +/- 45%. Barangan yang ditukar disini adalah yang perlu saja. Harga juga tertakluk kepada lokasi bengkel. Bengkel bangunan 2-3 tingkat atau bawah pokok.

Gambar hiasan adalah gambar tular di Whatsapp:

Banjir-gambar-whatsapp-1.0


1. ECU

Cuba sendiri: Keluarkan bateri; keringkan dengan blower atau hair-dryer, jemur panas matahari, balut kain dan simpan dalam beras 24 jam supaya menyerap lembapan. Jemur sekali lagi. Kemudian baru cuba pasang. Insyallah berjaya.

Hantar bengkel: Beli baharu. Dalam RM 600 – RM 800

Kalau power stereng elektrik, itu ada ECU sendiri. Ini bermakna jumlah ada 3 ECU termasuk TCU dalam kereta canggih seperti Lexus, Peugeot, Vios, Altis, Honda FD, Estima dll. 

Kos kereta biasa : +/- RM 400

Kos untuk BMW/Merc : +/- RM 800

Upah : RM 150

Banjir-gambar-whatsapp-2.0


2. TCU

Pada kereta yang pakai electronic injection biasenye ada TCU, computer untuk gearbox. So ada ECU dan TCU

Cuba sendiri : Seperti di atas, keluarkan bateri; keringkan dengan blower atau hair-dryer, jemur panas matahari, balut kain dan simpan dalam beras 24 jam supaya menyerap lembapan. Jemur sekali lagi. Kemudian baru cuba pasang. Insyallah berjaya.

Hantar bengkel : Beli baharu. Dalam +/- RM 1200

Banjir-gambar-whatsapp-5.0


3. Minyak gearbox dengan filter gearbox (untuk gearbox auto)

Buang. Tukar baharu. Minyak sekali dengan filter.

Kalau BMW, rumit sikit. Kene keluarkan bahagian bawah, tembak pakai angin kemudian jemur. F10, F30. Kena turun gearbox.

Kos kereta biasa : RM 300 – RM500

Kos untuk BMW/Mercedes : RM 400/liter

Upah : RM 150

Banjir-gambar-whatsapp-5.0


4. Tekan brek semasa crank enjin – kalau-kalau clutch plate melekat dengan flywheel kerana sudah berkarat terkena air. Buka spark-plug. Tukar baharu.

Kos kereta biasa : RM 40/plug

Kos untuk BMW/Mercedes : RM 80/plug

Upah : –

5. Minyak enjin, kena periksa dahulu. Kalau berlumpur dan pekat terpaksalah flush pakai thinner dan tembak pakai air-pressure. Pastikan Oil-Filter dibuka dan tukar.

Kos kereta biasa : RM 80 – RM120 / 4 litre

Kos untuk BMW/Mercedes : RM 250 – RM400 / 4 litre

Upah : –

Banjir-gambar-whatsapp-6.0

6. Cuci tangki minyak dan keringkan.

Kos kereta biasa : RM 120 – RM 200

Kos untuk BMW/Mercedes : +/- RM 400

Upah : –

7. Kepala soket dan fuse

Cabut semua kepala soket radio, fuse, keringkan pakai blower atau hairdryer. 

Banjir-gambar-whatsapp-7.0

8. Cover dan drive-chain 

Tanggalkan semua cover head dan drive chain. Kalau boleh, bukak cover head sekali dan tembak valve dengan angin. 

9. Yang pakai rear-drive, drive train atau propeller:

Buka unit differential gear dan flush minyak grease yang di dalam. Kemudian ganti grease baharu.

10. Tayar

Banjir-gambar-whatsapp-8.0

Sama dengan unit tayar. Buka bearing dan tukar. Kalau tidak di tukar pun boleh tetapi lumpur banjir akan makan shaft sehinggalah kereta akan berdengung dalam masa 3-4 bulan kemudian. Baik tukar.


Semua ini adalah untuk baiki kereta supaya boleh berjalan sahaja. Kalau mau perbetulkan GPS, radio, absorber, autodrive mode, aircond dll kos akan bertambah. 


Jika Honda FD atau Civic dan kereta yang serupa, jangan sekali-kali cuba meredah. Manifold air intake dia duduk betul-betul di bawah bampar. Kalau anda redah juga, airnya terus sedut masuk kedalam unit injection dan untuk itu saja kosnya +/- RM3000.00 


Dengan itu, jumlah kos estimasi pembaikan :

Kos untuk versi biasa : RM1800-RM5500 mengikut keterukan

Kos BMW/Mercedes : RM4000-RM12000 mengikut keterukan

Cerita asal tular dari warga net dan maklumat terima kasih kepada Roshahrillzall Jamian, Shiawase, Bkt Jalil.

Previous post

Modenas Lancar Kempen Bantu Pelanggan Terjejas Akibat Banjir

Next post

Honda Civic Type R 2023 Akan Muncul Di Tokyo Auto Salon

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *