Kemalangan / Rosak / Curi / Recall

Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Kenderaan Dalam Bahaya Banjir

17-18 Disember 2021. Kita Sedang Mengalami Banjir Paling Teruk Negara. Banyak kenderaan yang tenggelam. Tips cara-cara selamatkan kenderaan.

Sebelum kenderaan tenggelam:

1.  Jika kenderaan anda sudah tidak boleh dilarikan ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami air banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air.  Sebagai contoh, ikat tutop dengan plastik.

2.  Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam peringkat.

3.  Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air.  Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.


Bila sudah tenggelam:

1.  Bila kenderaan sudah ditenggelami air banjir jangan sesekali hidupkan enjinnya terutama apabila ekzos kenderaan dan bahagian enjin mulai/sudah tenggelam. 

2. Jangan sesekali cuba memandu kenderaan itu meredah banjir.


Bila banjir sudah surut:

1.  Setelah banjir surut, JANGAN hidupkan enjin! Ini KESALAHAN TERBESAR apabila kenderaan anda ditenggelami AIR. Sekali lagi, JANGAN SETAT ENJIN!

2.  Tunda kenderaan anda ke bengkel kebiasaan anda. Komponen utama seperti enjin dan transmisi sudah pasti rosak.  Bezanya adalah samada ia rosak sedikit atau rosak teruk.  Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. Kalau anda tidak cuba menyetat kereta ketika/sesudah enjin tenggrlam insyallah takda apa-apa.  Kalau enjin dihidupkan SEMASA/SELEPAS banjir, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah. INGAT! JANGAN SETAT ENJIN!

3.  Sistem transmisi pula kalau yang jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin.  Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya.  Hal ini mekanik akan nasihat.  Mungkin 3 hingga 5 kali flush.  Atau mungkin lebih.  Tapi kalau sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar.  Kemungkinan kena overhaul atau habis teruk, tak boleh diselamatkan.  Terpaksa tukar gear box baharu.  Harap-harap tidaklah sampai macam itu.

4.  Sistem elektornik boleh selamatkan.  Cuma ambil masa lama, baru nampak kesannya.


5.  Kusyen sudah tentu kotor dan berbau.  Kena cuci samada upah atau sendiri.  Kadang-kadang bengkel kebiasaan anda ada tawarkan khidmat cuci kenderaan dan kusyen special akibat banjir.  Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab mereka akan buka habis kerusi dalam kereta dan cuci dengan teliti.  Selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap akan ada agak lama dalam lebih kurang sebulan.  Lama-lama samada akan hilang atau anda akan biasa dengan baunya.

Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif.  Bergantung kepada kita samada ada hidupkan enjin atau tidak.  Jika hidupkan enjin, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana banyak komponen enjin yang rosak.  Jika tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidaklah tinggi sangat.  Lagi satu faktor ialah jenis kenderaan.  Pihak bengkel akan menasihati anda tentang apa yang perlu dilakukan dan anggaran kos. Jadi pemilihan bengkel yang boleh dipercayai turut menjadi faktor yang penting.

Semoga segalanya pulang pulih seperti sedia kala kepada yang terkesan.

Banjir-Dis-2021-6.0

Jabatan Meteorologi Negara masih menyiarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) untuk hari ini.

Jaga diri. Stay safe.

Previous post

Scania Terus Membina Perkongsian Yang Menguntungkan Dan Mampan

Next post

BB2GO Kopi BlackBixon Hantar Terus Kepada Anda Dengan Motosikal EV

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *