Banjir: Diskaun Alat Ganti Untuk Pemilik Volkswagen
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa ia akan membantu pelanggannya yang terjejas akibat banjir baru-baru ini dengan tawaran diskaun 30 peratus untuk alat ganti dan kos buruh untuk kerja pembaikan.
Tawaran ini sah mulai sekarang hingga 28 Februari 2022 di semua pusat servis bertauliah Volkswagen di seluruh negara.
Untuk mengurangkan lagi beban yang mungkin ditanggung oleh pemilik Volkswagen, syarikat itu turut menawarkan pelan pembiayaan mudah di mana pelanggan diberikan pillihan untuk membuat bayaran secara ansuran selama enam hingga 12 bulan dengan kadar faedah 0 peratus.
Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM berkata, “Kami semua di VPCM bersedih dengan banjir kilat yang melanda Malaysia pada hujung minggu lalu. Kami berharap bantuan ini akan memabntu mengurangkan beban pelanggan ketika waktu sukar ini.”
Pada masa yang sama, pemilik Volkswagen digalakkan untuk memuat turun aplikasi Volkswagen Cares di Apple App Store atau Google Play Store untuk menebus baucar bantuan banjir. Untuk maklumat lanjut, hubungi pusat servis Volkswagen yang terdekat.
No Comment