Banjir Melanda Dan Anda Terkesan Tetapi Tidak Tahu Cara Claim?
Nasib anda kurang baik kali ini dan sayangnya, kereta anda di tenggelami air banjir semasa banjir teruk baru-baru ini.
Tetapi anda tidak berasa terlalu risau kerana anda bijak, anda ada perlindungan insuran banjir, tanah runtuh dll dibawah naungan Special Perils. Masalahnya anda tidak tahu macam mana nak buat tuntutan. Yang usruskan insuran kereta anda ialah setiausaha anda tetapi dia sibuk dirumahnya sendiri mencuci lumpur dari banjir yang melanda rumahnya.
Tidak apa. Tak payah kacau dia. Anda boleh mengurusnya sendiri. Senang jer.
Ini cara-caranya:
1. Jika kenderaan anda rosak teruk dilanda air banjir, ambik gambar. Luar dalam. Untuk bukti.
2. Kemudian cari cover-note insurance anda. Pastikan syarikat insuran mana yang anda telah beli.
3. Dapatkan nombor talipon hotline general insuran atau takaful anda itu dan anda hanya perlu talipon mereka.
4. Syarikat Takaful atau insuran anda itu akan mengambil butiran anda dan insuran anda dan selepas membuat pengesahan mereka akan memberi tahu anda apa yang perlu dilakukan.
5. Syarikat Takaful atau insuran anda itu akan mebuat janji temu dengan anda untuk menunda kereta anda.
6. Kereta yang dilanda banjir akan dibaikpulih oleh syarikat panel insuran atau takaful mereka sendiri.
Peringatan, perlindungan banjir ni hanya boleh dituntut jika anda dibawah perlindungan Special Perils. Andai kata tiada perlindungan ini maka anda kenalah membaikinya sendiri.
Jika anda ada perlindungan Special Perils, anda boleh terus hubungi syarikat insuran atau takaful anda.
Antara maklumat kontak syarikat general insuran / takaful utama (senarai syarikat insuran & takaful Bank Negara) adalah seperti berikut:
SYARIKAT INSURANS & PENGENDALI TAKAFUL
Kepada yang ada perlindungan Special Perils, jangan bimbang, jangan risau. Bantuan sedia menanti. Sekarang anda sekeluarga boleh ke rumah setiausaha anda untuk membantunya mencuci.
Yang tidak ada perlindungan, tunngu apa lagi. Berhubung segera dengan syarikat insuran atau takaful anda dan berbincang dengan mereka.
No Comment