Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger WildTrak Sport Dilancarkan – RM158,388

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, memperkenalkan model edisi terhad Ford Ranger WildTrak Sport baharu. Model ini akan membuat kemunculannya di acara roadshow norma baharu Ford di Luxe Wing, pusat beli-belah Utama dari 8 hingga 12 Disember ini.

Berikut adalah ciri-ciri baharu yang ditampilkan oleh Ranger WildTrak Sport:

Luaran

  • Rekaan jeriji hadapan baharu
  • Cermin sisi Ebony Black
  • Pemegang pintu berwarna hitam
  • Pemegang pintu belakang berwarna hitam
  • Rim aloi hitam bersaiz 18 inci

Dalaman

  • Tempat duduk kulit dengan cetak timbul
  • Plet ambang pintu beriluminasi dengan logo
  • Roda stereng dengan kemasan jahitan

Di bawah bonet, enjin 2.0 liter BiTurbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan menghasilkan 213 PS dan 500 Nm, sama seperti apa yang terdapat pada Ranger WildTrak standard.

Selain itu, Ranger WildTrak Sport turut dilengkapi dengan ciri-ciri bantuan pemanduan inovatif seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Pelanggaran Hadapan, serta Amaran dan Bantuan Keluar Laluan.

Ford Ranger WildTrak Sport

Boleh didapati dalam dua warna iaitu Saber dan Absolute Black, Ranger WildTrak Sport dijual pada harga dari RM158,388 dan disokong oleh jaminan pengeluar lima tahun atau 160,000 km (yang mana terdahulu).

“Ketika negara beralih ke fasa normal, kami melihat pengenalan Ford Ranger Wildtrak Sport Special Edition sebagai tepat pada masanya, untuk menjadi satu tambahan yang paling sesuai kepada portfolio Ranger kami yang amat terkenal, di mana pelanggan menggunakannya untuk bekerja, keluarga atau bermain,” ujar Turse Zuhair, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.

Previous post

UMW Toyota Motor Jual 8,486 Unit Kenderaan Pada November

Next post

Bayaran Diskaun Saman PDRM/JPJ 'Keluarga Malaysia' Boleh Dibuat Online

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *