Honda Civic Generasi Ke-11 Dipersembahkan Di Litar Sepang
Honda Civic terbaharu tiba dalam versi RS.
Honda Civic generasi ke-11 semua baharu akan berada di bilik pameran Honda Malaysia pada bulan akan datang, Januari 2022. Honda Civic generasi ke-10 semasa kekal sebagai segmen terlaris di Malaysia dan masih berada di tempat No.1 dalam segmen C dengan bahagian pasaran sebanyak 70 peratus dan juga model ketiga terlaris Honda Malaysia dalam jualan keseluruhan.
Pelancaran global untuk Civic baharu ini adalah pada Mei 2021 dengan pengeluaran bermula di Kanada untuk pembeli Amerika dan kini ia sedia untuk rantau ASEAN.
Civic model 2022 baharu ini mendapat enjin pengecas turbo 1.5 liter yang dikenali yang memberikan 176bhp dan 240NM melalui CVT. Ya, versi sebelumnya menghasilkan tork kurang 20Nm. Kecekapan bahan apinya kekal pada 17.2 km/liter yang berdaya saing kelas dan perlu diingatkan bahawa Civic ini adalah sebuah kereta besar, hampir sama besar dengan Accord dua generasi lalu.
Civic terbaru telah berkembang dari segi saiz dan ia kini berukuran 4,678 mm panjang 1,415 mm tinggi dan 1,802 mm lebar. Jarak rodanya juga telah meningkat sebanyak 33 mm. Ini membolehkan lebih banyak ruang kabin dan ruang kaki belakang yang lebih baik di bahagian belakang.
Civic RS serba baharu dilengkapi dengan teknologi intuitif, khususnya, Honda SENSING yang dipertingkatkan yang telah menambahbaik fungsi dengan menawarkan pengendalian stereng yang semula jadi dan lancar.
Honda SENSING yang dipertingkatkan juga kini hadir dengan ciri baharu – Sistem Lead Car Departure Notification. Sistem ini memberitahu pemandu tentang kereta hadapannya sudah mula bergerak. Semasa waktu terbiar seperti menunggu di lampu isyarat, sistem akan memberi amaran kepada pemandu tentang pergerakkan kereta hadapannya.
Suite penuh ciri keselamatan Honda SENSING yang dipertingkatkan dalam Civic RS semua baharu adalah seperti di bawah:
1. Lead Car Departure Notification System (baharu)
2. Adaptive Cruise Control (ACC)
3. Low-Speed Follow (LSF)
4. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
5. Forward Collision Warning (FCW)
6. Lane Keep Assist System (LKAS)
7. Road Departure Mitigation (RDM)
8. Lane Departure Warning (LDW)
9. Auto High Beam (AHB)
Selain itu, Civic RS serba baharu turut hadir dengan ciri keselamatan lain seperti Honda LaneWatch, Enam Beg Udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handling Assist (AHA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Auto Brake Hold (ABH), Hill Start Assist (HSA), Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start serta ciri keselamatan baharu untuk Civic iaitu Driver Attention Monitor.
Akhirnya, All-New Civic benar-benar “A Legacy, Reborn”, dicipta untuk meningkatkan tahap segalanya, untuk segmen C dan seterusnya.
No Comment