Kemalangan / Rosak / Curi / Recall

Honda Malaysia Lancar Program Bantuan Banjir

Honda Malaysia mengumumkan program bantuan banjir bagi tujuan membantu pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Di bawah program ini, pelanggan Honda yang keretanya ditenggelami banjir dapat menikmati diskaun 25 peratus ke atas alat ganti tulen.

Program bantuan banjir Honda Malaysia menyokong khidmat pembaikan bagi pelanggan Honda yang tinggal di kawasan yang dilanda banjir dari sekarang hingga 31 Januari 2022. Pelanggan yang terkesan dinasihatkan untuk mengunjungi mana-mana wakil pengedar sah Honda untuk penilaian dan pemeriksaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata pihaknya amat berdukacita dengan kejadian banjir yang telah melanda beberapa negeri di Malaysia yang menyebabkan ramai orang terpaksa dipindahkan dari tempat tinggal, selain kerosakan pada harta benda dan kenderaan mereka.

“Kami berharap dengan program bantuan banjir ini, kami boleh mengurangkan beban pelanggan kami yang dihargai,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, pelanggan Honda yang melanggan Honda Insurance Plus (HiP) akan mendapat pemeriksaan percuma bagi memastikan kereta mereka selamat dipandu dan berada dalam keadaan baik, terutamanya selepas banjir.

Selain itu, pelanggan HiP juga akan diberikan khidmat tunda percuma ke wakil pengedar Honda yang terdekat serta elaun banjir bernilai sehingga RM1,500. Dalam masa yang sama, Honda Malaysia juga sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan untuk pelanggan mereka yang terjejas.

Previous post

Pemilik Proton X70 Berkongsi Petua Agar Pemilikan SUV Geely Anda Aman Tenteram

Next post

Lotus Elise, Exige Dan Evora Kini Berhenti Produksi Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *