Motosikal / Skuter / Roda

Honda Rebel Dapat Warna Pearl Organic Green Untuk 2022

Di samping Honda GL 1800 Gold Wing dan CBR250RR Trico Edition, Boon Siew Honda turut memperkenalkan Rebel versi terkini yang boleh didapati dalam warna baharu iaitu Pearl Organic Green.

Dilancarkan di Malaysia buat pertama kali pada 2017, Rebel tampil dengan gabungan gaya klasik dan bobber yang kontemporari. Penampilan ini diserlahkan lagi menerusi penggunaan lampu utama LED berbentuk bulat. Apa yang menarik, lampu belakang, lampu isyarat membelok dan lampu plat juga menggunakan teknologi LED.

Ia dikuasakan oleh enjin sejukan cecair 487 cc dua silinder sebaris yang mampu menjana kuasa dan tork berjumlah 46 hp (34 kW) pada 8,500 rpm dan 43 Nm pada 6,000 rpm. Kuasa disalurkan oleh transmisi enam kelajuan dengan klac Slipper/Assist yang menjadikan tuil klac lebih ringan sebanyak 30 peratus.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan suspensi jenis teleskopik 41 mm di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Sistem brek pula merangkumi cakera hidraulik tunggal pada bahagian hadapan dan belakang, lengkap dengan ABS.

Honda Rebel 2022

Selain Pearl Organic Green, Rebel juga ditawarkan dalam warna Graphite Black dan Matte Jeans Blue Metallic untuk tahun 2022. Ia dijual pada harga bermula dari RM32,899 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

BMW Pasang Pengecas Pantas DC Di Auto Bavaria Ara Damansara

Next post

RFID Dilaksanakan Di Semua Tol PLUS Bermula 15 Januari 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *