Motosikal / Skuter / Roda

Modenas Lancar Kempen Bantu Pelanggan Terjejas Akibat Banjir

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) melancarkan Kempen Servis Prihatin Modenas dalam usahanya untuk membantu pemilik motosikal jenama itu yang terkesan akibat banjir kilat di negeri Selangor dan Pahang baru-baru ini.

Menerusi kempen tersebut, Modenas menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

  • Caj upah kerja percuma untuk baik pulih biasa
  • Pemeriksaan Percuma
  • Pembersihan motosikal percuma
  • Diskaun sehingga 25% untuk alat ganti
  • Diskaun sehingga 15% untuk alat ganti skuter
  • Diskaun sehingga 70% ke atas caj buruh untuk pembaikan yang melibatkan “overhaul”.

Kempen akan bermula pada hari ini hingga 31 Disember 2021 di Pusat Servis Modenas terpilih seperti di bawah:

Pusat Servis Modenas (Shah Alam, Selangor)
Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor
Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm
Nombor telefon: 04-4668160

Pusat Servis Modenas (Kuantan, Pahang)
Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,
Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm
Nombor telefon: 09-5123380 /044668199

Untuk maklumat lanjut, pemilik motosikal yang terjejas boleh menghubungi mana-mana Pusat Servis Modenas yang sah atau menghubungi Talian Careline Modenas di 1-800-880-181 atau WhatsApp di 019-570 8135.

Previous post

Ford Everest Generasi Baharu Jalani Fasa Ujian Terakhir

Next post

Anggaran Kos Baiki Kereta Dilanda Banjir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *