Berita Auto

Mercedes-Benz S-Class W223 Tiba Di Malaysia

Sedan flagship Mercedes-Benz iaitu S-Class generasi W223 akhirnya dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Hanya satu spesifikasi akan ditawarkan iaitu S 580 e, varian hibrid plug-in dengan enjin petrol 3.0 liter enam silinder sebaris.

Harga model ini masih belum diumumkan, namun Mercedes-Benz Malaysia berkata bahawa ia akan dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, dengan penghantaran dijangka bermula lewat Januari 2023.

Kuasa hibrid

Mercedes-Benz S-Class W223

Dipadankan dengan transmisi automatik 9G-Tronic, enjin tersebut menghasilkan 367 hp antara 5,500 dan 6,100 rpm dan 500 Nm antara 1,600 dan 4,500 rpm. Dengan bantuan motor elektrik yang menjana 110 kW (148 hp) dan 440 Nm, S 580 e boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Ia juga boleh dipandu dengan kuasa elektrik sejauh 100 km jika bateri dicas sepenuhnya.

Mercedes-Benz User Experience (MBUX)

Selain rekaan papan pemuka yang mewah, tarikan utama ruang dalaman S-Class adalah sistem infohibur Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Kini dalam generasi kedua, sistem tersebut merangkumi lima buah paparan dengan teknologi OLED.

Mercedes-Benz S-Class W223

Bukan itu sahaja, pemandu juga mendapat paparan 3D yang memberikan paparan tiga dimensi tanpa perlu menggunakan kaca mata 3D dan sistem MBUX Augmented Reality Navigation yang menghubungkan paparan navigasi maya dengan yang sebenar. Seperti sebelum ini, MBUX boleh diaktifkan dengan mengungkapkan frasa “Hey Mercedes”.

Apa yang menarik, sistem pembantu suara itu sentiasa belajar dan kini menerangkan fungsi-fungsi kenderaan serta menjawab soalan-soalan pengetahuan am. Sistem ini juga boleh diaktifkan dari tempat duduk belakang.

Ruang dalaman

Mercedes-Benz S-Class W223

Penggunaan kamera dalaman membolehkan MBUX Interior Assist mengenal pasti dan menjangka penumpang dengan menganalisa arah kepala, pergerakan tangan, bahasa tubuh dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengesan jika tali pinggang keselamatan pada kerusi kanak-kanak tidak dipasang sebelum memulakan perjalanan.

Terdapat empat paparan pemandu dan media yang ditawarkan iaitu Discreet, Sporty, Exclusive dan Classic, di samping tiga mod iaitu Navigation, Assistance dan Service. Turut disertakan adalah sistem audio Burmester 3D. Papan pemuka pula dihiasi dengan kemasan kayu dalam warna anthracite.

Mercedes-Benz S-Class W223

Sementara itu, tempat duduk pula dibalut dengan kulit nappa. Ia menampilkan beberapa buah motor, kusyen kepala dengan fungsi pemanas dan juga konfigurasi chauffeur untuk kerusi hadapan. Di samping sistem pencahayaan ambien, kereta ini juga mempunyai fungsi pencahayaan interaktif yang diintegrasikan dengan sistem bantuan pemandu untuk memberikan amaran secara visual.

Luaran

S-Class W223 menampilkan reka bentuk sedan klasik dengan garisan karakter yang dikurangkan untuk penampilan yang lebih organik namun tetap gagah. Lampu hadapannya mengandungi tiga unit LED yang berkuasa dengan 1.3 juta cermin mikro. Ini menjadikan ciri Highbeam Assist 100 kali lebih tepat berbanding sebelum ini.

Mercedes-Benz S-Class W223
Mercedes-Benz S-Class W223

Model ini juga merupakan salah satu kenderaan paling aerodinamik di dunia dengan pekali seret (Cd) hanya 0.22, walaupun bahagian hadapannya lebih besar jika dibandingkan dengan versi terdahulu. Bentuknya yang lebih licin ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bunyi bising di dalam kabin.

Ciri keselamatan

S-Class tampil dengan pelbagai sensor dan ciri bantuan pemandu yang lebih canggih. Berikut adalah antara ciri yang disediakan:

  • Driving Assistance package
  • Active Distance Assist DISTRONIC
  • Active Parking Assist with PARKTRONIC
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • PRE-SAFE
  • Parking Package dengan kamera 360 darjah
Mercedes-Benz S-Class W223
Previous post

Angkut Perabot Dengan Isuzu D-Max X-Terrain Lebih Senang Daripada SUV

Next post

Hyundai Palisade Rasmi Dilancarkan - Dari RM328,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *