Nissan Almera Turbo Catat 49.5 KM/L Dalam Kempen Pandu Amal
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini menutup tirai kempen Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive, sebuah cabaran yang menggalakkan pemilik Almera 1.0L Turbo untuk membantu memberikan impak positif kepada mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Sepanjang kempen itu berlangsung, para pemilik telah menghantar bacaan penjimatan bahan api mereka dan jumlah jarak keseluruhan yang berjaya direkodkan adalah 12,841 km. Oleh kerana konsep kempen ini adalah 1 km bersamaan RM1, kutipan sebanyak RM12,841 telah berjaya dikumpul untuk didermakan kepada beberapa badan kebajikan yang akan diumumkan kemudian.
20 pemenang utama akan menerima set Nissan GT-R LEGO eksklusif manakala 30 pemenang lagi akan menerima hadiah berupa beg duffle edisi terhad Nissan.
Berikut adalah senarai nama 20 pemenang utama kempen Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive:
Di samping itu, ETCM turut mengumumkan bahawa peraduan All-New Nissan Almera Test Drive & Win kini kembali. 50 pelanggan bertuah akan membawa pulang baucar Wartsons bernilai RM500 setiap satu apabila mereka memandu uji Almera.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah sewa beli 1.88 peratus untuk pembelian Almera 1.0L Turbo, Navara 2.5L, X-Trail atau Serena S-Hybrid.
Almera kini didatangkan dengan pakej aksesori Urban bernilai RM5,500 secara percuma pada harga bermula dari RM79,906 selepas pengecualian cukai jualan. Navara 4X4 2.5L Turbo pula ditawarkan pada harga bermula dari RM116,900 dengan pakej aksesori Premium bernilai RM10,150 secara percuma.
Sementara itu, X-Trail yang dijual pada harga bermula dari RM139,643 didatangkan dengan pakej aksesori Aero Edition bernilai RM5,000 manakala Serena S-Hybrid pula berharga RM140,226 dengan pakej penyelenggaaran percuma selama tiga tahun termasuk alat ganti dan buruh.
No Comment