Pemilik Proton X70 Berkongsi Petua Agar Pemilikan SUV Geely Anda Aman Tenteram
Lagi nasihat seorang warga net. Kali ini berkenaan dengan pemilikan Proton X70 CBU. Yang ini adalah model yang dibeli pada tahun 2019. Sudah 3 tahun dan mileagenya mencecah 113,000km.
Terima kasih kepada tuan punya, Mohd Faiz Zulkifki, berkongsi pengalaman pemilikannya di Facebook pada 26 Disember 2021. Menarik juga. Kami kongsi bersama.
Ini cerita beliau:
Ini pengalaman saya dan mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan.
Saya nak pesan kepada kawan2 yang guna X70 CBU please standby:
Bateri
Estimate 1 – 1.5 tahun akan start weak.
Tanda-tanda: Susah nak start engine. Semua lampu error dalam display semua menyala.
Bateri tukar sendiri sebab waranti sudah habis.
Tukar kepada jenama Amaron Din70.
Gearbox
Estimate antara 55,000- 60,000km.
Tanda-tanda: jerking/gegar lama masa gear shifting.
Saya kena pada 59,000km.
Kebiasaannya Service Centre akan update software dahulu atau buat lean.
Kalau tidak menjadi juga, barulah cek dan tukar clutch jika perlu. Kes saya kena tukar clutch.
Suis Master Power Window
Rosak.
Claim waranti tukar baharu.
Air-Conditioner
Masuk bau dari luar walaupun dah tekan button tutup udara luar.
Claim waranti tukar HVAC.
Bunyi Kipas Kuat Depan Bonet
Kena pada 99,000km.
Waranti cover tukar cooling fan.
Jadi nak bagi tahu ada part yang cover sampai 60,000km, ada part yang sampai 100,000km dan ada yang sampai 150,000km untuk unit CBU.
Gunalah kereta anda selasak-lasaknya supaya keluar segala penyakit yang ada. Kereta dibeli untuk diguna sepenuhnya. Biar dia bela kita, bukan kita bela dia.
CARILAH SERVICE CENTRE YANG RELIABLE. YANG KURANG MASALAH SPARE PART.
Saya paling lama dulu tunggu dalam 1 bulan. Bergantung pada jumlah kes complaint dan stok spare part. Harap semua sahabat dipermudahkan urusan.
REMINDER: KALAU ADA APA-APA PENYAKIT ATAU SIMPTOM X NORMAL PADA KERETA, TERUS LAPORKAN PADA SERVICE DAN PASTIKAN DIORANG RECORD DALAM LOG SERVICE. SUPAYA JIKA ADA MASALAH YANG BERKAITAN DI MASA AKAN DATANG, ANDA SUDAH LAPORKAN AWAL.
Bagi saya, X70 tetap terbaik. Kenangan manis lebih banyak dari kenangan buruk. Dan satu lagi, tidak ada benda yang sempurna. Worth the money. Lain org lain pengalaman.
Dan saya nak cadangkan Proton HQ supaya mewajibkan Service Center simpan stok common part yang banyak problem. Jangan charge Service Centre duhulu. Takut ada Service Center yang tidak sempat rolling duit. Atau, standby semua stok di HQ.
Terima kasih kepada beliau. Semoga perkongsiannya membawa faedah kepada anda. Perkongisan beliau diterima baik warga net lain dan di bawah ialah diantara 100 (setakat ini) komen yang diterimanya.
No Comment