Satu Maut Selepas Pemandu Tesla Model 3 Hilang Kawalan
Tidak jelas sama ada kereta itu beroperasi dalam mod Autopilot atau tidak ketika kejadian
Firma teksi terbesar di Paris dengan 9,000 pemandu bersekutu, G7, telah diarah menggantung semua unit Tesla Model 3 daripada armadanya berikutan kemalangan maut yang melibatkan salah satu fastback elektrik itu di ibu negara Perancis pada Sabtu.
Menurut laporan Reuters, kemalangan itu berlaku apabila pemandu teksi yang off-duty membawa keluarganya ke sebuah restoran. Pelbagai sumber mendakwa kemalangan itu menyebabkan satu mati dan mencederakan dua puluh yang lain, dengan tiga lagi dalam keadaan serius.
Model 3 itu dipercayai melanggar seorang penunggang basikal dan tiga pejalan kaki sebelum bertembung dengan sebuah van. Punca kemalangan disyaki berlaku kerana kerosakan kepada accelerator yang sangkut berdasarkan kelajuan dan trajektori kenderaan itu ketika ia menyendeng di jalanraya.
Timbalan Ketua Eksekutif G7 Yann Ricodel berkata, pemandu itu cuba membrek tetapi kereta itu memecut laju. Tidak jelas sama ada kereta itu beroperasi dalam Autopilot semasa ia berlaku.
Tesla telah menafikan disfungsi teknikal kereta itu selepas menyemak datanya secara remote. Kenderaan Tesla dilengkapi dengan penderia dan kamera yang mengumpul data yang diketahui digunakan oleh gergasi EV itu untuk mempertikaikan dakwaan bahawa kemalangan disebabkan oleh teknologi yang tidak berfungsi.
Ricordel berkata sebagai langkah keselamatan untuk pemandu, pelanggan dan pengguna jalan raya yang lain, syarikat itu akan menggantung semua 37 unit Tesla Model 3 dalam armadanya sehingga siasatan polis terhadap kes itu selesai. Model Tesla lain dalam armada G7 akan kekal beroperasi.
Beliau menambah bahawa pemilik Model 3 akan diberi pampasan sepenuhnya untuk kehilangan pendapatan semasa penggantungan dan syarikat sedang mencari alternatif supaya pemandu boleh menyambung semula pemanduan secepat mungkin.
Sistem Autopilot Tesla, yang pada asasnya membolehkan kereta mengemudi, memecut dan membrek dengan sendirinya, telah menjadi pusat kontroversi kerana bilangan kemalangan yang berkaitan dengan penggunaannya. Ini adalah satu lagi kes untuk menambah kepada jumlahnya. Walaupun nampaknya ia disebabkan oleh perisian yang tidak berfungsi, jangan menolak kemungkinan kesilapan manusia.
No Comment