Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Scania Serah 10 Lori New Truck Generation Kepada Chemtrax

Scania menyerahkan 10 Scania New Truck Generation kepada Chemtrax sebagai sebahagian daripada perkongsian yang menguntungkan dan mampan.

Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara menyerahkan kunci kepada Tuan Haji Jaffar Abu Bakar, Pengarah Urusan Kumpulan, Chemtrax Sdn Bhd sempena pelancaran rasmi Pusat Jualan dan Perkhidmatan Scania Malaysia di Senai (SMY Senai).

Tetamu Kehormat ialah Tuan Yang Terutama, Dr Joachim Bergstrőm, Duta Besar Sweden ke Malaysia. Tuan Haji Natazha Hariss, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulai, Johor dan wakil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Puspakom juga turut hadir.

DSC_0823-Tuan-Haji-Jaffar-delivering-speech-on-the-Chemtrax-Handover
Tuan Hj Jaffar menyampai ucapan

Sepuluh trak Scania itu termasuk lima unit Scania P360A4X2NA dan lima unit Scania P410A6X2NA New Truck Generation yang didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan ADR. Ianya merupakan nilai tambah untuk Chemtrax dalam memastikan keselamatan pelanggannya semasa penghantaran kerana Trak Scania ini membawa bahan berisiko tinggi dan merbahaya. Pemandu juga sangat terlatih dengan pensijilan ADR yang selari dengan ciri keselamatan yang ditawarkan oleh trak Scania. Amaran keluar lorong (lane departure warning) dan Brek Kecemasan Maju (AEB – Advance Emergency brake) ditambah sebagai sokongan keselamatan aktif. Sekiranya berlaku kecemasan, langsir dan beg udara stereng dan langsir (steering & curtain airbags) memberikan keselamatan tambahan kepada pemandu.

Casis memenuhi keperluan untuk jenis kenderaan AT. Peralatan berikut disertakan: pengehadan kelajuan dan kawalan pada panel instrumen. AT ialah salah satu tahap klasifikasi ADR bagi “barangan merbahaya lain”. Pengelasan ini termasuk keperluan asas tertentu, seperti selongsong pada sistem ekzos.

DSC_1014-Heba-Haji-Jaffar-and-Ambassador-examining-truck

Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara, Tuan Yang Terutama Dr Joachim Bergstrőm, Duta Sweden ke Malaysia
dan Tuan Haji Jaffar Abu Bakar, Pengarah Urusan Kumpulan, Chemtrax Sdn Bhd memeriksa kabin

Butang buka dan tutup elektrik untuk suis induk bateri berada pada panel instrumen dan casis, dengan fungsi keselamatan bina-dalam mengelakkan situasi tersilap tekan butang. Dua langkah diperlukan untuk mengaktifkan fungsi ini yang sekaligus akan memutuskan arus ke seluruh kenderaan, kecuali sistem penggera.

Reka bentuk New Truck Generation telah ditambah baik daripada generasi sebelumnya menjadikan trak itu lebih mesra pengguna dengan tempat duduk boleh laras yang selesa terletak berhampiran dengan pintu, papan pemuka yang ergonomik dan paling penting cermin depan yang luas dengan pandangan lanjutan yang memberikan penglihatan yang jelas dari sudut berbeza untuk memudahkan pemandu beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat.

“Trak ini dibina untuk persekitaran yang mencabar, menjamin uptime dan meningkatkan produktiviti dengan bahagian dalam dan luar yang lebih kukuh, dan lebih berkuasa. Ia juga direka bentuk dan dibina untuk memberikan pemilik trak Scania kecekapan bahan api yang lebih baik dan pelepasan CO2 yang lebih rendah kerana ia dilengkapi dengan rangkaian kuasa termaju dan penyelesaian aerodinamik,” kata Heba. “Kesemuanya memberikan lebih daripada 3.0% penjimatan bahan api apabila digabungkan dengan Perkhidmatan Kontrak Scania dan Perkhidmatan Dipacu Data (Scania Contracted Services and Data-driven Services). Trak ini juga dibiayai oleh Scania Credit Malaysia – menjadikannya suatu penyelesaian menyeluruh untuk keuntungan yang terbaik.”

DSC_1194-Heba-and-Hj-Jaffar-cutting-F50Y-cake
Heba dan Hj Jaffar memotong cake F50Y

“Trak yang baik hanya boleh kekal baik jika ia diselenggara dengan baik, menggunakan alat ganti yang boleh diharap, tulen dan asli. Kami, iaitu pihak Scania dan Chemtrax, berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan Maintenance Contract. Saya percaya kontrak ini akan ditandatangani tidak lama lagi. Terima kasih kepada Scania untuk trak yang baik dan perkhidmatan selepas jualan yang sangat baik. Ia menjadikan penghantaran selamat kami lebih mudah,” kata Tuan Haji Jaffar.

Ditubuhkan pada 1998 di bawah Kumpulan Sabaka Sdn Bhd, Chemtrax mengkhusus dalam pengangkutan bahan merbahaya yang melibatkan bahan kimia dan gas di seluruh Semenanjung Malaysia, memfokuskan terutamanya ke Lembah Klang, dan juga bahan khusus yang digunakan dalam pembuatan sarung tangan nitril di Malaysia dan Singapura.

DSC_0953-Heba-Haji-Jaffar-and-Chemtrax-and-Scania-personnel
Heba, Hj Jaffar, TYT Duta, tetamu terhormat dan kakitangan Chemtrax dan Scania
Previous post

BB2GO Kopi BlackBixon Hantar Terus Kepada Anda Dengan Motosikal EV

Next post

Isuzu D-Max X-Terrain Boleh Dipakai Untuk Pergi Berdating

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *