Segalanya Mungkin Dengan Trak Pikap Isuzu D-Max X-Terrain
Hujung tahun sudah tiba dan keluarga di Malaysia amat teruja untuk keluar beriadah dan berseronok. Maklumlah, ramai yang sudah mempunyai kenderaan baharu di garaj mereka, menunggu masa untuk keluar. Walaupun ramai mungkin telah memilih SUV tradisional, mungkin terdapat sebilangan besar yang telah melihat tawaran trak pikap terkini dan lebih tertarik kepadanya. Terutama sekali tahun ini kerana Isuzu telah melancarkan D-Max serba baharu mereka dan produk generasi baharu jenis ini hanya muncul sedekad sekali. Di mana generasi sebelum ini D-Max lebih utilitarian, model generasi terbaharu ini membawa keselesaan dan perhatian kepada penumpang secara terperinci ke tahap yang lebih tinggi dan mengaburkan garis antara SUV dan trak pikap.
Kabin Seperti Crossover
Lihat sahaja kabin Isuzu D-Max X-Terrain dan anda boleh segera mengetahui bahawa ia lebih seperti SUV berbanding sebelum ini. Lapisan atas papan pemuka dan papan pintu siap dengan bahan kulit coklat yang lembut tetapi tahan lasak dengan jahitan berganda yang berbeza. Banyak perhatian telah diberikan kepada mereka bentuk papan pemuka yang kelihatan dinamik dan cukup mewah agar boleh diterima oleh pembeli SUV tradisional sambil menggunakan bahan yang masih teguh yang boleh tahan bertahun-tahun. Elemen digital seperti sistem infotainmen 9″ yang lebih besar dengan Android Auto dan Apple Carplay, interface kawalan iklim dan skrin TFT 4.2″ dalam kelompok instrumen semuanya menyumbang kepada rasa moden kabin.
Lonjakan Teknologi Sebenar
Tambah lagi, teknologi baharu ini mewakili perubahan besar menyeluruh dalam falsafah keseluruhan Isuzu di sebalik D-Max. Walaupun kebanyakan trak pikap tidak mempunyai banyak sistem bantuan pemandu yang canggih, Isuzu telah berhabis-habisan dengan sistem mereka. Isuzu D-Max X-Terrain dilengkapi untuk membantu pemandu memastikan penumpangnya selamat sepanjang masa. Anda dapat Adaptive Cruise Control, Forward Collision Warning dengan Autonomous Emergency Braking, Lane Departure Warning, Blind Spot Monitoring, Rear Cross-Traffic Alert, Pedal Misapplication Mitigation dan banyak lagi. Semua ini menunjukkan bahawa trak pikap ini kini bersedia untuk mengangkut kargo yang paling berharga … keluarga anda.
Terbaik Dari Kedua-Duanya
Apabila SUV menjadi popular, ramai pengguna melihat manfaat tambahan untuk memiliki kenderaan dengan pelepasan tanah yang lebih tinggi dan dibina dalam pacuan semua roda. Malah, SUV awal nampaknya sentiasa menekankan kehadiran pacuan semua roda sebagai titik jualan utama mereka. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini kita mula melihat SUV pacuan roda hadapan ditawarkan. Lebih-lebih lagi, kebanyakan sistem pacuan semua roda yang dipasang pada SUV tidak boleh berinteraksi dengan pengguna, dan hanya menghantar tork ke roda belakang apabila sistem menentukannya. Malah, pelepasan tanah pada kebanyakan SUV mencipta ilusi keupayaan off-road.
Dengan Isuzu D-Max, anda mendapat beberapa keupayaan off-road yang sebenar. Kedudukan tunggangan yang tinggi bukan sekadar wayang kerana ia mempunyai keupayaan meredah air sedalam 800mm mendahului kelasnya dan pacuan 4 roda yang boleh dipilih pengguna dan kotak gear jarak rendah apabila diperlukan ketika off-road. Seperti yang telah dibuktikan dengan video ini, ini memang berguna walaupun semasa anda keluar berkelah bersama keluarga anda!
No Comment