Bagaimana Kalau Kereta Sekerap Singapura Digunakan Untuk Pulih Kereta Banjir Malaysia?
Menggunakan kereta sekerap Singapura mungkin cara yang baik untuk memulihkan kereta banjir?
Kos untuk memulihkan kereta segmen pertengahan yang tenggelam air seperti Subaru XV kepada kereta mewah asas seperti BMW X1 atau kereta dengan banyak ECU yang rosak akibat banjir boleh bermula daripada RM24,000 dan meningkat sehingga RM190, 000 untuk model semasa BMW X5. Sila ambil perhatian bahawa harga ini adalah dari bengkel pengedar sah dan BUKAN bengkel kecil persendirian.
Kami sudah melihat sebut harga kereta banjir untuk kereta yang disebutkan di atas (walaupun dengan diskaun 20 hingga 25 peratus yangt ditawarkan sekarang oleh pelbagai pengeluar kereta) dengan pemilik menunda balik kereta mereka keluar kerana tiada perlindungan insuran dan mereka sedang mencari bengkel persendirian yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah, ada yang lebih 50 peratus lebih rendah.
Di sinilah timbulnya masalah. Nilai kereta terpakai sebelum banjir mungkin lebih rendah daripada sebut harga pembaikan ini. Ini kerana pengeluar kereta akan menggantikan semua bahagian yang terjejas dengan alat ganti baharu yang terkini dan mereka TIDAK akan menggunakan alat ganti yang telah dibaik pulih atau terpakai (kata mereka).
Selain itu, pengeluar kereta akan memberikan jaminan ke atas alat ganti dan anda boleh kembali semasa tempoh jaminan untuk membaiki kereta anda tanpa banyak masalah.
Dengan bengkel persendirian, kebanyakan alat ganti akan datang dari tempat barang barang ganti kereta dan di sinilah masalahnya. Bahagian badan, getah dan plastik tidak menjadi masalah.
Walau bagaimanapun, alat ganti elektronik mungkin tidak padan dan berfungsi dengan betul kerana kebanyakan kereta dari dekad yang lalu atau lebih mempunyai sistem CAN-BUS yang memerlukan pemadanan ECU serantau untuk ‘bercakap’ antara satu sama lain atau papan pemuka digital, kawalan iklim dan sistem keselamatan mungkin tidak berfungsi dengan baik dan akan menghantar isyarat amaran ke papan pemuka.
Selepas berkongsi artikel tentang pemilik kereta banjir mencari nasihat tentang perkara yang perlu dilakukan dengan kereta mereka yang banjir, ramai pembaca dalam talian mencadangkan penggunaan kereta sekerap Singapura.
Ya, kita tahu tentang kereta sekerap Singapura yang masuk ke Malaysia selama bertahun-tahun dan digunakan sebagai kereta penderma untuk alat ganti dan juga kenderaan penderma 100 peratus siap.
Kini, dengan kereta berusia 10 tahun dari Singapura berada di dalam gudang yang sedia untuk dibongkar, adalah masuk akal untuk membeli kereta penderma dan memindahkan semua bahagian yang diperlukan. Walau bagaimanapun, ini adalah salah dari segi undang-undang dan kereta yang anda pulih itu akan klasifikasikan sebagai kereta haram kerana tiada dokumen sah untuk kereta ini dan bahagiannya.
Namun, jika anda tidak mempunyai insuran banjir, rizab tunai yang rendah dan semua peruntukan I-Sinar anda hilang, anda perlu melihat kepada segala pilihan yang ada untuk menghidupkan kereta anda untuk ke sana ke sini.
Memperoleh kereta sekerap Singapura ini senang saja. Mereka diiklankan secara terbuka di Facebook dengan nombor untuk berhubungan serta nama disertakan.
Satu isu besar adalah hakikat bahawa TIADA kereta penderma untuk Proton dan kebanyakan model Perodua.
Kami berpendapat, kerajaan sepatutnya memberikan sedikit kelonggaran untuk perkara di atas bagi mengurangkan beban pemilik kereta banjir kerana ini mungkin cara paling murah untuk mengembalikan kereta mereka balik ke jalan raya dan berjalan dengan baik.
No Comment