Geely Akan Guna Renault Untuk Bina Kereta Di Korea Selatan Untuk Jual Di Amerika Syarikat
Geely sedang bekerjasama dengan Renault di Korea Selatan, dan inilah sebabnya kenapa kami berpendapat perkara ini sedang berlaku.
Renault Group dan Geely Holding Group baru sahaja menandatangani perjanjian untuk membawa beberapa model ke pasaran Korea Selatan bersama-sama dan untuk mengeksportnya dari Korea Selatan bersama-sama juga. Sekarang, terdapat sedikit kekeliruan tentang perkara ini dalam siaran media di bawah, tetapi pada asasnya, perjanjiannya adalah seperti ini:
Kereta Apa?
Kereta-kereta itu akan menggunakan kejuruteraan Geely, di atas platform CMA yang dikongsi dengan Volvo Cars dan akan terdapat kedua-dua enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV) dalam campuran. Sama ada ia hanya satu kenderaan dengan pelbagai pilihan rangkaian kuasa atau portfolio produk yang luas atas platform CMA masih belum dapat disahkan. Anggap saja ianya adalah crossover dan SUV yang mula-mula akan ditawarkan.
Di manakah ianya akan dibina?
Di kilang Renault Samsung Motors (RSM) di Busan. Keseluruhan perjanjian ini tertumpu di sekitar Korea Selatan, di mana Renault telah menjalankan operasi pengeluaran kereta bersama-sama dengan Samsung selama bertahun-tahun. Banyak bahagian yang masuk ke dalam Renault yang biasa anda lihat di bilik pameran Malaysia hari ini berasal dari kilang ini. Kilang RSM mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menghasilkan 8 model secara serentak, tetapi pada masa ini hanya menghasilkan Koleos, Arkana, SM6 dan Twizy (yang hampir tidak layak digelar kereta).
Apa untungnya Renault?
Well, menjadikan kilang mereka kepada kapasiti penuh adalah terbaik untuk Renault. Ini merupakan kemudahan pembuatan terbesar mereka di Asia pada masa ini, jadi mempunyai beberapa hits besar dalam barisan pengeluaran akan menjadi satu langkah yang baik ke arah yang betul.
Apa untungnya Geely?
Geely mungkin mempunyai kilang yang mencukupi untuk membekalkan semua kereta yang diingininya, tetapi apa yang mungkin dikehendakinya ialah akses kepada lebih banyak pasaran di mana produknya boleh bersaing dengan berkesan. Kami tidak pasti bagaimana kereta baharu ini akan dijenamakan, sama ada ia akan dijual sebagai Renault dan Geely atau hanya Renault atau hanya Geely, tetapi apa yang jelas ialah perjanjian ini adalah untuk jualan domestik dan eksport Korea Selatan juga.
Kemungkinan end game Geely adalah untuk mengambil kesempatan daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat-Korea untuk mendapatkan akses kepada pasaran Amerika. Geely telah mencuba sejak sekurang-kurangnya 2017 untuk bertapak di Amerika Syarikat tetapi gagal melakukannya setakat ini. Mungkin dengan mendandani beberapa Binyues sebagai Renault akhirnya mereka akan mencapai matlamat mereka.
MEDIA RELEASE
Renault Group and Geely Holding Group (Geely Group), China’s largest privately-owned automotive group, have signed an agreement to launch a new collaboration dedicated to bringing fuel-efficient Hybrid Electric Vehicles (HEV) and Internal Combustion Engine (ICE) models to the South Korean market as well as for export sales. The new vehicles will be produced at the Renault-Samsung facility in Busan, South Korea, with production forecast to begin in 2024.
This collaboration marks a further step in efforts by the two automobile groups in producing low-emission models, as well as increasing their penetration in the Asian HEV markets. The partnership also forms part of Renault’s “Renaulution” program to upgrade the RSM brand and product portfolio by using industry leading technology, engineering and services as well as working with strong local partners.
The new products will utilize Geely Group’s world-class compact modular architecture (CMA), developed by Geely’s R&D centre in Sweden, as well as taking advantage of Geely Group’s advanced hybrid powertrain technologies. Renault and RSM will contribute their expertise in design and customer experience, while providing cutting-edge technologies to meet and exceed local market expectations.
The new vehicles will provide South Korean customers with premium features, industry-leading technology and strengthen RSM’s reputation in the market as provider of high-quality automotive services. While vehicles will be initially designed for the South Korean market, RSM will allow for their export in the future.
No Comment