Bisnes

Jualan Mitsubishi Motors Malaysia Naik 91% Pada 2021

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menutup tirai tahun 2021 yang mencabar dengan jualan keseluruhan sebanyak 17,489 unit dari Januari hingga Disember, mewakili peningkatan sebanyak 91% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut MMM, peningkatan jualan yang memberangsangkan ini disumbangkan oleh Mitsubishi Triton, yang mana ia muncul model paling popular syarikat itu dengan jualan mencecah 9,268 unit. Sementara itu, Xpander mengakhiri tahun lalu sebagai crossover tujuh tempat duduk Jepun terlaris di Malaysia apabila 7,397 unit terjual dalam tempoh 12 bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, “Walaupun sekali lagi terganggu dengan COVID-19, kami bersyukur pelanggan kami menunjukkan kepercayaan, keyakinan dan kesetiaan terhadap jenama Mitsubishi Motors. Kami berbesar hati Xpander menunjukkan prestasi jualan yang kukuh dengan lanjutan tempoh insentif bebas cukai.”

“Keputusan kerajaan Malaysia itu telah membantu industri semasa tempoh yang mencabar ini. Di Mitsubishi Motors, kami kini sedang meningkatkan kapasiti pengeluaran kami untuk memenuhi semua tempahan,” tambah beliau.

Sementara itu, bagi membantu meringankan beban pelanggan mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, MMM akan menawarkan diskaun 30% ke atas alat ganti tulen Mitsubishi dan diskaun 50% ke atas kos buruh bermula hari ini hingga 20 Januari 2022 bagi kenderaan yang rosak akibat banjir.

Bukan itu sahaja, syarikat itu juga menawarkan perkhidmatan tunda percuma. Pelanggan hanya perlu menghubungi Mitsubishi Assist 24Hrs (MA24) di talian 1-800-88-2166. Mereka yang mendapatkan sendiri perkhidmatan tunda tanpa bantuan MA24 dan perlindungan insurans juga layak mendapat rebat bernilai sehingga RM300.

Untuk maklumat lanjut, hubungi MMM Customer Careline di talian 1-800-18-8161.

Previous post

Nissan X-Trail, Serena S-Hybrid Dapat Warna Baharu

Next post

Tunda 1393 Kenderaan Banjir Hanya 68 Ada Perlindungan Bencana

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *