Mazda BT-50 Kini Dalam Wait List Kerana Popularitinya Di Malaysia
Anda mahu satu? Oh, sori. Nampak Gayanya Anda Kena Tunggu Untuk Memiliki Mazda BT-50 Baharu Ini.
Pertama kali ditunjukkan kepada komuniti trak pikap Malaysia pada awal Disember tahun lalu dengan anggaran harga cuma terdapat sebilangan rakyat Malaysia saja yang bergegas membuat tempahan untuk trak gaya hidup ini sebelum pelancaran rasminya.
Kemudian sebelum pelancaran besar dan promosi jualan boleh dilakukan, ia telah habis dijual. Ya, 200 unit awal yang tiba dalam shipment pertama telah disapu habis dan kini ada waiting list kerana penghantaran agak lewat kerana isu pengeluaran yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Dengan harga jualan bermula dari RM124,179.20, Mazda BT-50 serba baharu ini dijual dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun mengikut piawaian pengilang, dengan had perbatuan 100,000km, yang mana dahulu.
Bersaing secara langsung dengan pendatang baharu segmen, Isuzu D-Max, BT-50 ini membawa kepada segmen, penampilan dan pengalaman kabin ala SUV. Ini sahaja telah menjadi penggerak utama kepada penjualan pantasnya. Walaupun anda melihat semua bahan promosi yang datang dari ibu pejabat, ia membayangkan pengalaman trak gaya hidup premium dengan model lelaki dalam sut menjadi pemandu trak pikap ini.
Tiada imej lasak off-road atau menyeberang sungai seperti yang ditunjukkan oleh pesaing dalam bahan komunikasi mereka. BT-50 ini menunjukkan imej yang sama sekali berbeza.
Namun, perlu diingatkan bahawa bukan Mazda yang membangunkan pacuan untuk BT-50 terkini ini. Trak ini mendapat kejuruteraanoff-road dan enjin diesel daripada Isuzu Motors. Ya, BT-50 ini adalah adik beradik kepada Isuzu D-Max pemenang pelbagai anugerah terbaharu dan input Mazda adalah dalam reka bentuk luaran dan ciri kabinnya.
Isuzu D-Max di Malaysia berharga daripada RM88,599.20 untuk kotak gear manual kabin tunggal versi diesel sehingga RM141,938.40 untuk kotak gear automatik 3.0L kabin dua model diesel X-Terrain.
Reka bentuk luaran Mazda BT-50 serba baharu adalah ekspresi sebenar bahasa reka bentuk Kodo Mazda, jelas dari hadapan kenderaan dengan gril hadapan yang menonjol, dan sayap tandatangan 3 dimensi yang mewujudkan pandangan hadapan yang mengagumkan dan mendominasi kehadiran jalan rayanya, diserlahkan dengan garisan lipatan yang menyapu dari gril keluar ke arah cermin sayap, dipadankan dengan garis tengah yang tidak putus yang mengalir dari hadapan ke belakang.
Reka bentuk menggabungkan keliatan dan keindahan, hasilnya, Mazda BT-50 serba baharu bersinar sama rata dalam setiap suasana, daripada formal hinggalah off-road.
Dari pandangan pertama, BT-50 semua baharu mengekspresikan kuasa yang unik, keliatan, dan kefungsian utilitarian, sedia untuk pengembaraan dan dibina untuk tujuan kerja, sambil menarik kepada pelanggan gaya hidup dengan reka bentuknya yang unik. Reka bentuk lampu hadapan adalah berbeza dan tajam, mengambil isyarat daripada rangkaian SUV Mazda, mencapai ciri pandangan mendalam Mazda.
Ruang muatan luas dan boleh menerima muatan bawah satu tan tanpa apa-apa masalah. Di bahagian belakang, pintu belakang adalah titik reka bentuk utama, dibentuk untuk mengalir ke arah lencana Mazda untuk mencipta kesinambungan pergerakan dari hadapan ke belakang.
Masuk ke dalam kabin yang selesa, luas dan tahan dan anda akan mendapati diri anda tenggelam dalam reka bentuk Mazda yang berkualiti. Ruang kabin dalaman Mazda BT-50 serba baharu telah direka dengan teliti untuk menyerlahkan komitmen Mazda terhadap reka bentuk yang mengutamakan manusia dan untuk mencerminkan trak pikap yang dibina lasak dan berkuasa.
Segala-galanya daripada papan pemuka, stereng, tempat duduk, dan konsol tengah telah direka bentuk semula untuk memastikan pemandu berasa tersambung dengan kenderaan mereka dan seselesa yang boleh. Susun atur mendatar panel instrumen memanjang ke trim pintu pada setiap sisi, mewujudkan kabin yang selesa dan luas.
Konsol hadapan menyesuaikan pelapik lutut, dan reka bentuk berpaksikan manusia Mazda jelas kelihatan dalam susun atur kabin. Jahitan halus digunakan pada papan pemuka, hud panel instrumen dan pelapik lutut, menambahkan sentuhan kualiti tambahan pada bahagian dalam.
BT-50 serba baharu mempunyai acuan pintu yang membaluti papan pemuka sejajar dengan falsafah reka bentuk Kodo Mazda. Konsol tengah yang luas dan bergaya adalah bukti lanjut tentang kualiti yang luar biasa dan bahan premium.
Penumpang belakang juga dijaga, dengan port pengecasan USB, saluran udara belakang dan pemegang bantuan cengkaman menjadikan BT-50 serba baharu sebagai pakej lengkap. Tempat duduk yang membalut badan memastikan keselesaan merentasi mana-mana rupa bumi, manakala tiang stereng teleskopik memudahkan mencari kedudukan pemanduan yang sempurna. Sistem infotainmen skrin sentuh yang besar menawarkan kefungsian menyeluruh, termasuk Fungsi Apple CarPlay® & Android Auto™.
MAZDA BT-50 ini kini diimport sepenuhnya dari Thailand di mana ia dibina untuk rantau ini. Barisan warna termasuk Rock Grey Mica, Gunblue Mica, Ice White, Red Volcano Mica dan True Black Mica; menjadikannya sejumlah 5 warna tersedia.
No Comment