RFID Bermula Bagi Laluan Juru, Pulau Pinang Hingga ke Skudai, Johor PLUS 10 Malam Ini
Setuju atau tidak teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Touch ‘n Go akan terus dilaksanakan secara berperingkat.
Jangan risau. Lorong Touch ‘n Go dan Smart Tag masih digunakan dan akan di kurangkan satu demi satu mengikut kepada nisbah pengambilan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Touch ‘n Go dan Smart Tag yang masih ada.
PLUS mengumumkan bahawa transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam ini 15 Januari 2022.
PLUS berkata, pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
“Pada ketika ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Eric John, seorang penguji awal RFID, “Pada pendapat saya, ia masih memerlukan penambahbaikan bagi ramai yang mungkin masih belum faham sepenuhnya dan sistem yang digunakan sekarang tidak mesra pengguna sepenuhnya.”
Beliau mencadangkan:-
1) RFID atau sensor tagging mereka perlu diuji lebih lagi dengan pelbagai senario kerana terdapat banyak kes di mana ia masih gagal mengimbas cip dengan betul (walaupun cip berada dalam keadaan baik dan dengan baki yang mencukupi)
2) PLUS perlu memastikan kad Touch ‘n Go dipautkan sepenuhnya agar seseorang tidak perlu menyimpan baki dalam kedua-dua kad dan e-wallet Touch ‘n Go.
3) Kebanyakan plaza tol hanya mempunyai 1 lorong untuk RFID. Ini adalah tidak baik sekali.
4) Kesedaran pengguna apabila cip perlu diganti kerana kerosakan dan/atau lain-lain dan kemudahan untuk melakukannya.
Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara dalam talian, tambah PLUS.
Di mana Dan Bagaimana Mendapati Tag RFID Touch ‘n Go Ini
- Untuk senarai lokasi Pusat Pemasangan RFID, rujuk pautan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Touch ‘n Go
- Selain lokasi tersebut, anda juga boleh mendapatkan Tag RFID Touch ‘n Go secara online untuk pemasanagan sendiri melalui pautan ini: https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag
- Anda juga boleh pasang tag RFID Touch ‘n Go pada kenderaan anda sendiri dengan membelinya dalam talian melalui pautan ini: https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag
No Comment