Insuran / Waranti / Jaminan

Sebelum Boleh Claim Insuran Kereta Anda Kena Bayar Sejumlah Wang Terdahulu

Tahukah anda? Saya kenali itu sebagai ‘Excess Fee’. Goggle kata ‘Deductible’. Sekarang, dari article carver.my ia dikenali sebagai ‘Betterment’. Walau apapun ia dipanggil anda tidak akan dapat tuntutan 100% jika kereta anda lebih dari 5 tahun.

Jadi, jangan terkejut dan marah bila bengkel menalipon anda dan meminta anda membayar ‘Betterment’ ini dahulu sebelum mereka dapat membaiki kereta anda. Inilah sebabnya kita digalakkan membaca fine print insuran kita betul-betul supaya kita tidak terkejut, tidak marah atau bergaduh dengan foreman kita nanti. Saya sendiri pernah terkena benda ini dengan kereta baharu saya 10 tahun dahulu dan sekarang saya tahu.

Setelah dilanggar dari belakang ketika kereta baru berumur setahun lebih bengkel minta bayar excess fee terdahulu. Kerana lindungan insuran kereta itu adalah 100% tiada Excess Fee yang perlu dibayar.

Syarikat insuran ketika itu menawar pilihan sama ada mahu premium dengan Excess Fee atau tidak. Premium tanpa excess fee lebih sedikit. Pada ketika itu memang boleh tetapi anda kena tambah sikit premium anda.

Sekarang, anda digalakkan berbincang dengan syarikat insuran anda. Kenali lindungan yang anda beli. Jangan main beli dan simpan cover note itu saja.

Baca, teliti dan ketahui lindungan anda. Kalau tak cukup. Tambah.

Apa itu Betterment?

Ini adalah sorotan artikel dari carver.my

Betterment ni apa sebenarnya?

Betterment ni kadar tambahan kos kerosakan kereta yang perlu ditanggung sendiri oleh pemilik kereta masa buat tuntutan di pusat servis franchise pengeluar kereta seperti Honda, Proton, Perodua dan sebagainya.

Tapi… kereta untuk bawah 5 tahun, anda tak perlu tambah bayaran apa-apa, syarikat insurans yang akan tanggung kos kerosakan semuanya.

Betterment ni hanya dikenakan untuk kenderaan yang dah berusia dan warranty yang dah habis. Bila part yang ada kerosakan perlu diganti, pusat servis akan guna barang original kereta.

Bagi bengkel-bengkel di bawah panel syarikat insurans, mungkin ada yang akan guna barang-barang second grade tetapi masih berkualiti. Jadi, syarikat insurans akan tanggung 100%!

Ramai yang rasa lebih selamat bila repair kereta di tempat pusat servis berbanding bengkel-bengkel lain. Sebab itu lah mereka pun sanggup keluarkan duit sendiri untuk tambah kos.

Berikut adalah merupakan peratusan bagi kos tambahan berdasarkan usia kereta:

👉🏼 Kereta yang bawah 5 tahun – 0%
👉🏼 Kereta yang dah berusia 5 tahun – 15%
👉🏼 Kereta yang dah berusia 6 tahun – 20%
👉🏼 Kereta yang dah berusia 7 tahun – 25%
👉🏼 Kereta yang dah berusia 8 tahun – 30%
👉🏼 Kereta yang dah berusia 9 tahun – 35%
👉🏼 Kereta yang dah berusia 10 tahun dan keatas – 40%

Previous post

Hypercar 'Rare' Ferrari Enzo Terbabas Di Belanda

Next post

Ford Mondeo Generasi Ke-5 Diperkenalkan Di China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *