Aston Martin DBX ‘The One Edition’ Dilancarkan Di Malaysia
Ia mempunyai roda terbesar yang pernah dipasang pada Aston Martin
Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan satu lagi DBX yang disesuaikan khas untuk pasaran Malaysia. Dipanggil The One Edition, ia mengikuti edisi Intrepid Aura dan Arden Green yang diperkenalkan masing-masing pada 2020 dan 2021.
Apa yang istimewa tentang edisi ini ialah ia didatangkan dalam warna luaran Concours Blue yang sama yang dipakai Aston Martin One-77 pada penampilan sulung dunianya pada tahun 2008. Menurut Aston Martin Kuala Lumpur, ini adalah satu-satunya DBX di Malaysia yang datang dalam warna ini, maka namanya.
Warna eksklusif ini dilengkapi dengan tayar “Halo Diamond Turned” tempaan penuh hitam satin, yang berukuran 23 inci diameter, menjadikannya yang terbesar pernah dipasang pada Aston Martin.
Di dalam, anda akan temui kulit Oxford Tan dan Onyx Black dua tona, yang Aston Martin Kuala Lumpur kata adalah sebagai penghormatan kepada ekuestrian dan peralatan kuda yang terbaik.
Seperti versi standard, DBX The One Edition dikuasakan enjin Mercedes-AMG bersumberkan 4.0 liter twin-turbo V8 yang menghasilkan 550 PS dan 700 Nm tork. Walau bagaimanapun, ia mendapat peningkatan dalam bentuk sistem ekzos sukan.
Menyalurkan kuasa dan tork ini ke tanah ialah kotak gear automatik convertor tork sembilan kelajuan, yang berfungsi dengan sistem pacuan semua roda dengan central differential aktif dan electronic rear limited slip differential (eDiff). Ini membolehkan SUV itu melengkapkan 0-100 km/j dalam hanya 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 291 km/j.
Harga (tidak termasuk duti dan cukai) untuk DBX The One Edition bermula daripada RM1.1 juta, premium yang tinggi sebanyak RM282,000 berbanding versi standard. Sama ada ia berbaloi atau tidak, kami akan membiarkan pemilik bertuah membuat keputusan.
MEDIA RELEASE
Aston Martin Kuala Lumpur introduces the customized hand built unit – Aston Martin DBX The One Edition. It is named after the distinctiveness of the choice of specifications – the one-of-a kind DBX in Malaysia. This customized specification is created to appreciate the synergy between sport and refinement which run deeply in Aston Martin’s veins.
Concours Blue is an elegant, beautifully metallic silver blue which creates a wonderfully elegant visual. It is the same paint colour when Aston Martin One-77 at its world debut. After the announcement of removing the paint colour from DBX’s colour palette globally, we decided to spec the DBX with Concours Blue which makes it the one and only in Malaysia.
Aside from the unique shade, DBX The One Edition also features the 23 Inch Forged – Satin Black Halo Diamond Turned. The largest and most imposing wheel ever fitted to an Aston Martin. The fully forged 23″ wheel brings a new assertiveness to the visual graphic and performance of DBX. Being one of the lightest wheels available, the 23″ wheel delivers the ultimate high performance capability for DBX. Finished in satin black, enclosed within a contrast of halo diamond turned rim. The 23” wheel is the optimum choice for a style conscious or driving focused customer.
As for the interior, we created a duotone environment, mixing of subtly detailed Oxford Tan and Onyx Black leather hints at the equestrian and fine saddlery. It emphasized a refined and crafted atmosphere.
The selection of the exterior specification and personalization options improves the sporting DNA in this customization unit which includes the exterior gloss black package, sport exhaust upgrade, and the forged wheels.
Aston Martin DBX is available from the base price of RM 818,000.00, while Aston Martin DBX The One Edition priced from RM 1,100,000.00 (both price stated excluding duties and taxes). For more information about the Aston Martin DBX The One Edition, please call +60 3 2163 1196 or email to astonmartinkl.enquiries@wearnes.com.
No Comment