Motosikal / Skuter / Roda

Honda BeAT Kini Dalam 4 Warna Baharu – RM5,765

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan Honda BeAT versi 2022 yang tampil lebih segar dengan pilihan warna dan jalur terkini. Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Clipper Yellow, Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Nightfall Blue.

Seperti sebelum ini, BeAT masih dikuasakan oleh enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI yang menghasilkan kuasa maksimum 8.7 hp pada 7,500 rpm dan 9.53 Nm pada 6,000 rpm. Enjin bersesaran 109.5 cc ini mematuhi piawaian emisi Euro 4 dan Energy Efficient Vehicle (EEV) dengan tahap penggunaan bahan api 59.1 km/liter (WMTC test mode).

Model ini didatangkan dengan keselesaan menunggang, hasil daripada inovasi enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang tangkas dan mudah dikawal. Selain itu, kerangka itu juga memberikan lebih ruang bagi tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter dan ruang penyimpanan sebesar 11.7 liter di bawah tempat duduk.

BeAT terus menampilkan Sistem Brek Kombi (CBS) – disambungkan menggunakan tuil brek belakang. Sistem ini menggabungkan brek hadapan dan belakang serta mengagihkan tekanan secara optimum antara keduanya untuk mencapai jarak brek yang diingini.

Selain itu, ia juga terus mengutamakan keselamatan pengguna melalui ciri-ciri seperti lampu depan LED, kunci brek parkir untuk permulaan atau parkir yang selamat dan Side Stand Switch yang menghentikan enjin secara automatik apabila tongkat sisi diturunkan.

Honda BeAT 2022 dijual pada harga RM5,765 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Ia didatangkan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Nissan Serena e-Power Electrified Mungkin Tiba Di Malaysia Tahun Ini

Next post

Program 'Ford Ranger Getaways' Dilancarkan Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *