Motosikal / Skuter / Roda

Honda CB650R, CBR650R Kini Dengan Pilihan Warna Baharu

Jika anda masih ingat, tahun lalu Honda CB650R dan CBR650R mendapat sistem suspensi baharu dan pelbagai penambahbaikan bagi meningkatkan aspek keselesaan dan praktikalitinya. Untuk model 2022, kedua-dua model popular ini diberikan penampilan lebih segar menerusi pilihan warna baharu.

Di samping warna Matte Gunpowder Black Metallic yang sedia ada, CB650R kini boleh didapati dalam warna Matte Jeans Blue Metallic dan Candy Chromosphere Red. Sementara itu, CBR650R pula ditawarkan dalam warna Grand Prix Red dan Matte Gunpowder Black Metallic.

Selain itu, tiada perubahan dari segi trenkuasa, casis dan kelengkapan. Kedua-dua model masih dikuasakan oleh enjin 649 cc, DOHC 16 injap empat silinder yang menghasilkan 93 hp (70 kW) pada 12,000 rpm dan 64 Nm pada 8,500 rpm. Enjin ini diiktiraf patuh piawaian emisi Euro 5.

Honda CB650R

Untuk sistem elektronik pula, terdapat ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang ditugaskan untuk mengekalkan tahap cengkaman tayar belakang. Turut dsiertakan adalah ABS dwi saluran untuk memberikan lebih keyakinan kepada penunggang.

Kedua-duanya dilengkapi dengan fork terbalik Showa Separate Function-Big Piston (SSF-BP) 41 mm di depan, manakala di belakang terdapat penyerap hentak monoshock yang disambungkan dengan lengan ayun aluminium.

Honda CBR650R

Ciri-ciri kemudahan yang disertakan termasuk paparan LCD, soket pengecas UBS Type-C di bawah tempat duduk dan Emergency Stop Signal (ESS).

Honda CB650R 2022 dijual pada harga RM43,999 manakala CBR650R 2022 pula berharga RM45,499. Kedua-dua harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Boon Siew Honda menawarkan waranti selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

BMW X5 xDrive45e Dengan M Performance Parts - RM480,800

Next post

Jeep Meridian Dengan 7 Tempat Duduk Buatan India

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *