Motosikal / Skuter / Roda

Honda EX5 Edisi Terhad Ulang Tahun Ke-35 – RM5,198

Siapa yang tak kenal Honda EX5? Mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 1987, kapcai ini menjadi sebahagian daripada kehidupan lebih 2 juta rakyat Malaysia dek kerana ketahanan dan kos pemilikannya yang rendah.

Bagi meraikan model berstatus legenda yang meraikan ulang tahunnya yang ke-35 tahun ini, Boon Siew Honda telah melancarkan EX-5 edisi terhad. Tidak seperti versi 2021 yang ditawarkan dalam warna merah dan biru, dengan pilihan rim lidi dan aloi, versi tahun ini didatangkan dalam warna emas Extravagant Gold Metallic dengan rim lidi. Penawarannya pula terhad kepada 2,000 unit sahaja.

Seperti versi standard, ia dikuasakan oleh enjin 110cc silinder tunggal yang memberikan kuasa sebanyak 8.5 hp (6.37 Kw) pada 7,500 rpm dan 8.62 Nm pada 5,500 rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi empat kelajuan.

Enjin ini dilengkapi dengan Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) yang bertanggungjawab meningkatkan tahap kecekapan proses pembakaran enjin dan pada masa yang sama mengurangkan pelepasan karbon.

Selain itu, ia didatangkan dengan fork teleskopik dan suspensi berkembar, serta roda berukuran 17 inci. Sistem brek yang digunakan adalah daripada jenis dram pada bahagian depan dan belakang.

EX5 edisi terhad ini dijual pada harga RM5,198 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Seperti mana-mana model Honda yang lain, ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Model Toyota Voxy Semua Baharu Dilancarkan Di Indonesia Dengan Harga RM163,000

Next post

Kilang Ineos Grenadier Perancis Hampir Siap Mengeluarkan Defender Reimagine

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *