Jualan Kenderaan Hibrid Melambung Di AS Sebalik Pengutamaan EV
Nampak gayanya kenderaan hibrid masih diminati ramai.
Menurut laporan Reuters, jualan kenderaan hibrid di Amerika Syarikat menyaksikan peningkatan 76% kepada 801,550 unit tahun lepas, walaupun pengeluar kenderaan elektrik tulen melobinya tanpa henti.
Data daripada firma analisis Wards Intelligence menunjukkan bahawa angka itu menyumbang 5% daripada jualan kenderaan ringan A.S. Sementara itu, jualan EV menyaksikan lonjakan 83% kepada 434,879 unit tahun lepas – tetapi hanya mewakili 3% daripada pasaran.
Laporan itu turut menyatakan bahawa ramai pelanggan menjauhi EV atas sebab harganya yang lebih tinggi, jarak pemanduan yang terhad dan kekurangan stesen pengecasan. The U.S. Department of Energy berkata pada masa ini terdapat kurang daripada 46,000 tapak pengecasan awam EV di negara itu.
Toyota, setelah menghadapi ancaman boikot kerana memperlahankan kemajuan EV, mencatat rekod tertinggi dalam jualan kenderaan hibrid, plug-in dan sel bahan api dengan 583,697 unit terjual, mewakili peningkatan yang mengejutkan sebanyak 73%.
Pengeluar kereta Jepun itu mengatasi General Motors, yang menjual kurang daripada 25,000 EV pada keseluruhan tahun 2021, terima kasih kepada penarikan balik Chevrolet Bolt EV kerana risiko kebakaran bateri.
Honda, penjual kereta hibrid nombor no. 2 di A.S. menyaksikan pertumbuhan jualan hibrid sebanyak 67% bersamaan 107,060 unit tahun lepas. Syarikat itu menjangkakan jualan CR-V dan Accord hibridnya akan meningkat dengan ketara pada tahun-tahun akan datang sambil ia bersedia untuk melancarkan EV pertamanya untuk pasaran A.S. pada tahun 2024.
“Saya fikir penerimaan pengguna akan mengambil sedikit masa untuk dicapai,” Dave Gardner, naib presiden eksekutif di Honda, memberitahu Reuters.
Sementara itu, Jose Munoz, ketua pegawai operasi global Hyundai berkata syarikat itu melihat hibrid dan hibrid plug-in sebagai “pemboleh” yang akan membantu mempercepatkan jualan EV bateri.
No Comment