Berita Auto

Anda Mahu Kurangkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Anda Sebanyak 80% – 90%?

Ya! Memang boleh, tetapi. Ya, LOL, ada tetapi. Kereta anda kena di klasifikasikan Motokar Klasik atau Motokar Vintaj.

Untuk layak sebagai Motokar Klasik, kereta anda kena berumur 25 tahun. Untuk layak sebagai Motokar Vintaj kereta anda kena berumur 50 tahun.

kereta klasik ipoh 2

Kereta yang mendapat kelulusan sebagai Motokar Klasik atau Vintaj akan mendapat Sijil Pengesahan bagi tujuan pengurangan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 80% bagi motokar klasik dan 90% bagi motokar vintaj dan oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan.

Ya, bukan senang kerana ia perlu memenuhi banyak lagi syarat-syarat yang lain.

Berikut ialah PANDUAN PERMOHONAN STATUS MOTOKAR VINTAJ/KLASIK yang dikeluarkan oleh JPJ:

SYARAT – SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

1.0 Syarat Kelayakan Utama

1.1 Kategori Motokar Vintaj

Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar vintaj ialah motokar yang telah mencapai usia 50 tahun dari tarikh yang dikeluarkan oleh pembuat, termasuk motokar yang dikenali sebagai “ Collectors Item ”.

1.2 Kategori Motokar Klasik

Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar klasik ialah motokar yang telah mencapai usia 25 tahun dari tarikh yang dikeluarkan oleh pembuat, termasuk motokar yang dikenali sebagai “ Collectors Item ”.

2.0 Kenderaan kategori motokar sahaja yang layak memohon dan dipertimbangkan, bagi kenderaan selain daripada kategori motokar adalah tidak layak dipertimbangkan. Syarat – syarat lain yang perlu diikuti untuk mendapatkan status motokar vintaj/klasik bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah seperti berikut :

2.1 Pemilik motokar adalah Warganegara Malaysia sahaja.

2.2 Motokar yang telah didaftarkan di Negara ini tidak kurang dari 25 tahun sahaja yang layak memohon dan dipertimbangkan.

2.3 Bagi motokar import, perlu membukt ikan tarikh pendaftaran telah mencapai 25 tahun dari negara asal.

2.4 Motokar yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi, iaitu sama seperti nilai barangan antik.

2.5 Keadaan semasa motokar mestilah pada tahap seperti keadaan baru ( mint ), tidak berkarat, cat dan ‘chrome’ yang berkilat dan bersih dalam erti kata seperti dalam keadaan “ show room” .

2.6 Motokar tersebut mestilah didalam keadaan “ roadworthy ” dan semua sistem yang terdapat padanya berfungsi dengan baik.

2.7 Motokar mestilah mempunyai ciri – ciri spesifikasi, bentuk badan dan komponen utamanya seperti yang asal semasa dikeluarkan oleh pembuat.

2.8 Pengubahsuaian yang dibenarkan hanyalah bagi peningkatan pada sistem brek, sistem elektrik dan sistem bahan api diterima atas faktor keselam atan sahaja.

2.9 Sebagai asas pertimbangan utama, pemohon mestilah mempunyai lebih dari 2 buah kenderaan selain motosikal yang didaftarkan di atas nama sendiri sahaja.

2.10 Keadaan nombor casis dan enjin mestilah bersih, boleh dibaca dengan jelas dan tid ak diganggu.

2.11 Motokar perlu diperiksa oleh Pegawai Teknikal JPJ Ibu Pejabat / Negeri / Cawangan yang berkenaan.

3.0 Cara Memohon

3.1 Permohonan dan pemeriksaan motokar vintaj / klasik boleh dibuat melalui : –

3.1.1 Di Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ Negeri berhampiran atau,

3.2.1 Di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya.

3.2 Dokumen – dokumen yang perlu disertakan / dibawa bersama semasa pemeriksaan motokar ialah : –

3.2.1 Borang Permohonan JPJVK.

3.2.2 Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) yang hendak mendapat Status Motokar Vintaj / Klasik.

3.2.3 Salinan Kad Pengenalan Pemilik / Pemohon.

3.2.4 Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi dua (2) kenderaan lain yang didaftarkan di atas nama pemilik kecuali jenis kenderaan Motosikal .

3.2.4 Gambar – g ambar k enderaan (sudut hadapan, belakang, sisi, bahagian dalaman kenderaan steering/ dashboard ).

3.3 Pemeriksaan Motokar.

Bagi tujuan pemeriksaan motokar vintaj/klasik, pemohon hendaklah mengemukakan dokumen – dokumen yang diperlukan bersama – sama dengan motokar yang hendak di periksa.

3.3.1 Pemeriksaan terhadap motokar vintaj/klasik akan tertumpu kepada mengenalpasti keaslian motokar tersebut dan menepati syarat – syarat di perenggan 3.2 dan 3.3 di atas.

3.3.2 Ciri – ciri Pemeriksaan

3.3.2.1 Pemeriksaan identiti motokar, iaitu pengesahan nombor enjin dan nombor casis tidak diganggu dan hendaklah sama seperti mana yang dicatitkan dalam kad pendaftaran motokar tersebut.

3.3.2.2 Pemeriksaan keaslian kereta vintaj dan klasik merangkumi komponen – komponen berikut : –

3.3.2.2.1 Enjin asal, casis asal, rekabentuk badan asal (tidak diubahsuai), sistem trasmisi asal, sistem suspensi asal, gandar depan dan belakang asal, nombor pendaftaran dan ‘Rim’ serta ‘Steering’ asal (bukan jenis ‘ sport ‘).

4.0 Pengeluaran Sijil Pengesahan Status Motokar / Klasik

4.1 Semua permohonan dan laporan pemeriksaan untuk mendapatkan status motokar vintaj/klasik yang dibuat di Pejabat – pejabat JPJ Negeri/Cawangan hendaklah dimajukan ke Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ untuk diproses dan dinilai semula sebelum disyorkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.

4.2 Motokar yang telah lulus sebagai motokar vintaj/klasik akan dikeluarkan Sijil Pengesahan bagi tujuan pengura ngan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 90% bagi motokar vintaj dan 80% bagi motokar klasik oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.

4.3 Sijil pengesahan status motokar vi ntaj/klasik yang dikeluarkan hendaklah diperbaharui setiap 5 tahun atau apabila urusan tukar nama dibuat atau penukaran nombor pendaftaran motokar ( interchange ) dilakukan, mengikut mana yang terdahulu. Pemilik motokar tersebut dikehendaki membuat permohonan semula untuk menentukan status motokar vintaj/klasik mengikut syarat – syarat yang ditetapkan di atas.

5.0 ARAHAN PENGUATKUASAAN

5.1 Penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi memastikan semua motokar yang telah mendapat kelayakan motokar vintaj/klasik tidak membuat pengubahsuaian keatas ‘steering’ dan ‘rim’ serta komponen – komponen lain mengikut syarat yang telah ditetapkan supaya keaslia nnya kekal. Kelayakan dan status motokar vintaj/klasik ini akan dibatalkan serta merta sekiranya pengubahsuaian dibuat pada motokar tersebut, dan pemilik perlu membuat bayaran kadar Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada kadar yang asal.

Gambar ehsan KT Pillai.

Previous post

Hyundai Casper Van - Kenderaan Komersial Paling Comel?

Next post

Citroen C5 Aircross Facelift TIDAK Akan Datang Ke Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *