Mengapa Kita Perlu Banyak Cip Dalam Kereta Zaman Sekarang
Ingat lagi pada zaman ketika kereta hanya ada satu atau dua cip?
Kami mempunyai beberapa kereta berusia lebih 30 tahun yang dimiliki kami. Ya, ia masih berjalan lancar dan kami mungkin tidak akan menjualnya.
Generasi baharu pembeli dan pemilik kereta berfikiran yang berbeza. Mereka mahukan kotak gear automatik, kesinambungan dalam kereta, navigasi, pemantauan bahan api masa nyata dalam kelompok instrumen, meter digital dan ciri keselamatan yang tinggi.
Itu semua memerlukan mikropemproses kecil dan pemproses ini mempunyai cip, cip komputer yang juga digunakan dalam telefon pintar, komputer dan pembersih vakum robot kecil, smartTV dan hampir setiap perkara kecil yang kita ada di rumah moden kita. Semua ada cip.
Malah kenderaan paling asas yang anda beli hari ini pun mempunyai sekurang-kurangnya 30 mikropemproses, mengawal fungsi yang anda ambil mudah dalam kenderaan dan juga motosikal.
Kekurangan semikonduktor global yang berterusan terus menghimpit bekalan cip yang digunakan dalam industri automotif dan hampir setiap pengeluar menghadapi kelewatan pengeluaran dan penutupan sementara ketika mereka menunggu cip yang mereka perlukan untuk menyiapkan pembinaan kereta di barisan pemasangan.
Skrin sentuh konsol tengah berkilat di dalam kereta baharu anda pada asasnya ialah tablet komputer dan ini hanyalah satu daripada alatan kereta di mana cip memainkan peranan penting.
Dan cip juga mengawal fungsi di bahagian lain kereta. Sebagai contoh, ciri keselamatan bergantung pada cip. Ciri tersebut termasuk sistem brek kecemasan automatik, kamera backup, dan juga sistem penggunaan beg udara.
Selain itu, sementara skrin sentuh kereta memerlukan cip, ciri ketersambungan kereta juga memerlukan beberapa cip. Tambahan pula, kereta mungkin mempunyai cip dalam enjin. Cip tersebut boleh membantu meningkatkan kecekapan enjin dan mengurangkan pelepasan.
Dan, sudah tentu, kenderaan elektrik (EV) memerlukan banyak cip. Semikonduktor dalam EV membantu mengawal rangkaian kuasa dan baterinya, sebagai tambahan kepada fungsi biasa mereka.
Apakah Cip itu sebenarnya?
Well, cip semikonduktor, juga dipanggil mikrocip, berfungsi sebagai ‘otak’ untuk semua elektronik moden. Dihasilkan daripada silikon, komponen yang penuh dengan kejuruteraan ini pada asasnya adalah sejenis litar elektrik. Ia termasuk satu siri transistor yang berfungsi sebagai suis kecil untuk mengawal aliran elektron.
Mikrocip boleh sangat berbeza dalam kerumitannya. Sebagai contoh, kebanyakan kad kredit menampilkan cip yang paling asas sebagai langkah keselamatan tambahan. Pemproses komputer pula, sebaliknya, adalah sangat kompleks. Hari ini, cip ini digunakan dalam hampir semua alatan, daripada kereta hingga ke berus gigi elektrik.
Ianya juga sangat kecil (sebab itulah ia digelar microchip). Menurut pembuat cip ‘Intel‘, peneraju dalam pembuatan cip, satu transistor cip adalah kira-kira 10,000 kali lebih kecil daripada rambut manusia! Dan untuk membina pemproses moden, berbilion-bilion transistor dimasukkan ke dalam ruang sebesar kuku.
No Comment