Scania Serah 60 Unit New Truck Generation Kepada Infinity Logistics & Transport
Kumpulan pertama 60 Scania New Truck Generation (NTG) telah diserahkan oleh Daniel Tan, Pengarah Jualan, Scania Asia Tenggara kepada Datuk Chan Kong Yew, Ketua Pegawai Eksekutif, Infinity Logistics & Transport Sdn. Bhd.
Infinity kini dalam memacu pengembangannya untuk memudahkan pertumbuhannya. Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan Infinity turut hadir bagi memeriahkan majlis itu.
“Penyerahan 60-unit Scania NTG terdiri dari 30-unit P360A 4x2NZ dan 30-unit G410A 6x2NZ akan mengukuhkan armada Infinity dan membolehkan syarikat memenuhi objektifnya untuk menjalankan operasi secara mampan selaras dengan keperluan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Dengan adanya unit Scania NTG yang dibiayai oleh perkhidmatan kewangan Scania selain menyediakan penyelesaian pembiayaan yang fleksibel yang disesuaikan untuk memberikan Infinity kos yang boleh diramal dan risiko yang boleh diurus – sepanjang keseluruhan kitaran hayat Scania NTG” kata Daniel Tan. “Ini sejajar dengan misi Scania untuk memacu anjakan ke arah sistem pengangkutan yang mampan melalui perkongsian mampan, mewujudkan dunia mobiliti yang lebih baik untuk perniagaan, masyarakat dan alam sekitar.”
Scania NTG juga direka bentuk dan dicipta untuk memberikan pemilik trak Scania kecekapan bahan api yang lebih baik dan pelepasan CO2 yang lebih rendah kerana ia dilengkapi dengan rangkaian kuasa termaju dan penyelesaian aerodinamik. Ia memberikan lebih daripada 3% penjimatan bahan api apabila digabungkan dengan Perkhidmatan Kontrak Scania dan Perkhidmatan Dipacu Data (Scania Contracted Services and Data-driven Services). Tambahan pula, kotak gear Opticruise memberikan Scania NTG mod Ekonomi lalai yang telah ditetapkan untuk lebih kecekapan bahan api.
Scania NTG ini menyediakan tempat duduk pemandu boleh laras yang sangat selesa yang diletakkan lebih dekat dengan pintu, dengan papan pemuka ergonomik dengan skrin sentuh 5 inci yang berfungsi dengan baik untuk pemandu. Dan yang paling penting adalah cermin depan yang besar dengan pandangan diperluas yang memberikan penglihatan yang jelas dari sudut yang berbeza untuk pemandu memudahkan mereka beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Ciri keselamatan lain termasuk Electronic Braking System (EBS) untuk brek kecemasan responsif.
Infinity juga melanggan Scania Maintenance Contract. Prosedur penyelenggaraan Scania adalah proaktif untuk mengelakkan masalah yang memakan masa dan mahal daripada berlaku untuk memaksimumkan masa operasi dan mengurangkan kos operasi Infinity. Scania Maintenance Contract juga memberikan kos yang boleh diramal, supaya Infinity dapat menumpukan masa dan tenaga pada perniagaannya, tanpa bimbang. Dengan mengoptimumkan modul berbeza secara individu dalam pelan perkhidmatannya, Scania memastikan melalui Scania Maintenance Contract bahawa masa henti dirancang dan hanya berlaku apabila benar-benar perlu.
“Kami terlibat dalam perniagaan ini untuk memastikan keuntungan kepada semua pemegang saham kami, pada masa yang sama kami juga perlu menjaga persekitaran tempat kami tinggal. Justeru, kami telah memulakan misi lebih sedekad lalu untuk bertanggungjawab kepada masyarakat dengan matlamat untuk mewujudkan pembangunan mampan masyarakat dan alam sekitar. Berikutan itu, kami telah mengembangkan usaha CSR kami secara beransur-ansur sejak itu. Daripada sekadar penyumbang, kami kini menjadi penggerak yang akan terus berusaha untuk mengekalkan usaha kami. Bagi kami, kemampanan bermakna mengimbangi keperluan ekonomi, alam sekitar dan sosial untuk mencari penyelesaian terbaik yang penting bagi memastikan masa depan yang lebih mampan,” kata Datuk Chan.
No Comment