Adakah Isuzu D-Max 1.9L Diesel Sudah Cukup Berbanding Yang 3.0L?
Perlukah kita enjin diesel berkuasa tinggi Isuzu D-Max 3.0L atau enjin diesel Premium 4×4 1.9L sudah memadai?
Sejak dilancarkan pada April 2021, Isuzu D-Max generasi semasa telah menguasai secara menyeluruh jualan pasaran trak pikap negara. Lebih 5,000 unit ditempah dan semakin bertambah dan Isuzu Malaysia telah pun menyerahkan lebih 3,000 unit (walaupun dengan isu bekalan akibat Covid-19) setakat ini dan permintaan untuk rangkaian D-Max baharu ini terus kekal kukuh walaupun dengan persaingan yang sengit dalam segmen yang semakin meningkat ini.
Walaupun terdapat alternatif yang banyak dan lebih berkuasa di pasaran, yang sering menawarkan lebih banyak peralatan pada harga yang setanding atau lebih rendah, kejayaan jualan D-Max baharu ini agak menakjubkan, tetapi seseorang tidak boleh kekal jaguh selama-lamanya hanya dengan kecekapan bahan api yang hebat yang merupakan sebab utama kejayaan semasa Isuzu kerana saingan juga sudah mula menawarkan penggunaan bahan api yang lebih baik untuk kenderaan mereka. Oleh itu, kita perlu melihat kepada bentuk dan fungsi kenderaan.
Melihat kepada penggunaan dalam bandar. Di sinilah kebanyakan pemandu pikap bermastautin dan bekerja. Kenyataan: Malaysia tidak dikenali sebagai bangsa yang selalu menunda jet ski, bot kecil, karavan dan/atau mobile home mereka sendiri. Jarang-jarang sekali kita nampak.
Jadi, kuasa untuk menunda tidak penting, tork yang tinggi tidak diperlukan, melainkan anda akan hendak berlumba atau anda membawa barang-barang berat. Dengan 1.9L ini, kami mendapati pemanduan bandar lebih pada cukup dan tidak pernah, kami ulangi, tidak pernah kekurangan mid-range tork apabila kami berada di bandar. Ya, bukan macam abang besarnya yang berkapasiti 3.0L yang mempunyai tork yang lebih tinggi (450Nm).
Dengan hampir 80 peratus masa ‘mencilok’ lalu lintas yang sesak di bandar, jentera diesel 1.9L ini amat sesuai dan sangat responsif di bawah kawalan kami.
Namun, anda pasti terpegun apabila mengetahui bahawa enjin diesel 1,898cc ini menghasilkan 148hp @ 3,600rpm dan tork 350Nm yang tinggi @ 1,800rpm. Ini bermakna, jika anda benar-benar perlu menunda treler jet ski baharu atau motosikal motor-cross anda di atas treler, sudah pasti tidak akan ada masalah kerana ia telah dinilai untuk menunda muatan sehingga 3,500kg.
Perjalanan rentas negeri mendapati pecutan jarak pertengahan tiada masalah dengan penukaran gear yang lancar.
Tugas mingguan ke pasar tani membeli barangan dapur dan/atau ke nuseri untuk membeli pokok dan/atau baja untuk bertanam mendapati ketinggian loading D-Max dan pintu belakang ‘ringannya’ mudah sekali digunakan.
Selepas memandu 3 jam, keselesaan kabin dihargai dan kami juga dapat menghargai penjimatan bahan api enjin diesel 1.9L ini.
Jadi, untuk menjawab soalan ‘1.9 atau 3.0’, kami tidak ada sebabnya untuk melihat kepada versi 3.0L, melainkan anda seorang yang …….
- selalu memandu long distance
- seorang yang perlu membawa barangan berat dan jauh
- pemandu yang mahukan lebih power untuk bersenyum selalu
- seorang yang selalu kena menunda barangan berat
- seorang yang selalu membawa hasil ladang ke hulur ke hilir, naik turun bukit
- tidak berkira tentang kos bahan api
Jadi, sudah tiba masanya untuk memandu uji di bilik pameran Isuzu terdekat anda dan tentukan sendiri yang mana satu.
Spesifikasi Isuzu D-Max 1.9L 4×4 Premium
Enjin: Inline-4, Diesel VGS Turbo 16V
Kapasiti: 1898cc
Transmisi: 6-speed auto Sequential Shift
Max Power: 150PS @ 3,600rpm
Max Tork: 350Nm @ 1,800 – 2,600rpm
Price: RM122,149.20
No Comment