Ford Everest Dengan Rupa Ford Ranger Baharu Sudah Tiba
Ford Everest Generasi Baharu kina sudah dipersembahkan dan penampilannya boleh tahan.
Ford Everest sudah lama menjadi pesaing hebat dalam pasaran ‘Passenger Pick-Up Vehicle’ (PPV) 7 tempat duduk, dan sekarang, generasi baharu berdasarkan Ford Ranger akan datang sudah diperkenalkan.
Everest generasi akan datang ini telah diperkenalkan secara global baru semalam dan menjanjikan perubahan revolusioner kepada segmen ini berkat teknologi baharu dan objektif reka bentuk baharu “Tough on the outside, a sanctuary on the inside, amazing capability underneath”.
Everest Baharu Re-Engineered
Dua enjin menjana kuasa Ford Everest 2023 baharu ini. Model asas mendapat diesel 2.0L Bi-Turbo dengan sekitar 210 hp dan tork 500Nm manakala tahap trim yang lebih tinggi akan tersedia dengan enjin diesel turbo 3.0L V6 baharu yang berkemungkinan ditala kepada 250 hp dan tork 597Nm, walaupun angka rasmi masih belum dikongsi. Kedua-dua enjin akan dipadankan dengan gear automatik konvensional 10-kelajuan, dibawa dari Ford Ranger 2018. Tahap trim, sekurang-kurangnya untuk Australia, akan termasuk Ambiente, Trend, Sport dan Platinum.
Everest ini telah dilebarkan sebanyak 50mm untuk memberikan kualiti tunggangan yang lebih baik dan tetapan peredamnya telah diubah suai untuk lebih terkawal on dan off road. Perlindungan bawah badan, mod pemanduan off-road boleh pilih, rear locking differential, dua cangkuk tunda di hadapan, dan sistem pacuan empat roda kekal dengan on-demand 2-speed electromechanical transfer case dengan mod pemanduan boleh dipilih, memastikan Everest berkemampuan apabila dipandu off-road.
Everest mempunyai meredah air setinggi 800mm dan keupayaan menunda maksimum 3500kg. Rel bumbung bersepadu baharu membenarkan sehingga 350kg beban statik dan beban dinamik sehingga 100kg untuk dipasang di bumbung. Varian 4X2 RWD juga tersedia.
Dalam mod pemanduan off-road, Everest boleh memaparkan paparan off-road khusus menggunakan kamera 360 darjahnya untuk membantu pemandu mengharungi halangan. Maklumat lain, seperti penunjuk driveline and diff-lock, sudut stereng, sudut roll dan pitch kenderaan juga tersedia untuk dipaparkan.
Penambahbaikan Kabin Dan Luaran
Reka bentuk Everest baharu mengikuti DNA yang ditetapkan oleh SUV Ford lain dan Ranger baharu. Ia menampilkan lampu depan C-clamp dan bar gril atas mendatar yang kuat. Varian terbaik Everest didatangkan dengan roda aloi 21″ dalam cat tri-kot dengan aksen mesin, reka bentuk gril unik dengan mesh beraksen foil panas dan aksen krom sutera. Terdapat juga sistem pencahayaan zon luaran bila pakir kereta dan berkhemah dalam gelap.
Ford Everest baharu didatangkan dengan lampu hadapan Matrix LED yang dilaras automatik bergantung kepada kelajuan kenderaan dan jarak dari kenderaan lain sebelumnya.
Di dalam, tempat duduk hadapan beraksen kulit premium dengan ventilasi, heater, pelarasan kuasa 10 hala dan fungsi memori untuk pemandu tersedia. Bumbung panoramik juga tersedia. Di dalam, ia lengkap dengan bahan yang lebih mewah, kemasan yang lebih baik dan pakej pencahayaan ambien. Infotainmen berorientasikan potret sama ada bersaiz 10.1″ atau 12″, bergantung pada tahap kemasan. Kelompok instrumen digital bersaiz sama ada 8″ atau 12.4″ juga bergantung pada tahap kemasan. Sistem ini dipasang dengan sistem SYNC 4A terkini. Everest baharu didatangkan dengan Active Park Assist 2.0.
Terdapat pop-out cupholders untuk penghuni hadapan, e-shifter kulit, pengecasan tanpa wayar, brek pakir elektrik dan banyak lagi.
Akses baris ketiga lebih mudah sekarang kerana tempat duduk barisan kedua boleh meluncur lebih jauh ke hadapan. Ketiga-tiga baris tempat duduk mempunyai akses kepada palam elektrik untuk mengecas peranti.
Barisan tempat duduk kedua dan ketiga boleh dilipat rata untuk kapasiti muatan kargo maksimum.
Apabila pintu belakang dibuka, barang-barang dihalang terjatuh keluar dengan bibir kecil. Terdapat juga ruang penyimpanan bawah lantai untuk penyusunan kargo yang lebih baik.
Keselamatan juga telah dipertingkatkan
Everest baharu didatangkan dengan sistem bantuan pemandu dan ciri keselamatan baharu dan dipertingkat. Beg udara tengah baharu di antara penumpang hadapan menyediakan perlindungan ‘side-impact’ tambahan. Terdapat juga beg udara tepi jauh dan beg udara dwi lutut, beg udara toraks dwi tepi dan beg udara tirai tepi yang menyelubungi semua 3 baris, menjadikan jumlah kiraan beg udara … 9.
Berikut ialah beberapa Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan /Advanced Driver Assist Systems (ADAS) yang tersedia dalam Everest baharu:
- Intelligent Adaptive Cruise Control dengan Lane Centering dan Stop & Go
- Sistem Lane-keeping dengan road-edge detection, membantu Everest supaya tidak keluar dari lorong atau permukaan jalan di jalan desa.
- Evasive steer assist, direka untuk beroperasi pada kelajuan bandar dan lebuh raya, evasive steer assist menggunakan radar dan kamera untuk mengesan kenderaan yang bergerak perlahan dan pegun di hadapan serta menyediakan sokongan stereng untuk membolehkan pemandu mengelak kenderaan itu apabila kenderaan mengesan perlanggaran akan berlaku.
- Reverse brake assist membantu pemandu mengundur ke tempat letak kereta dan ruang sempit lain dengan memberikan amaran yang boleh didengar dan visual. Ia boleh mengesan kenderaan, penunggang basikal dan pejalan kaki melintas di belakang kenderaan. Sistem ini juga boleh hentikan Everest sepenuhnya jika pemandu tidak sempat bertindak balas.
- Sistem maklumat titik buta dengan liputan treler memantau titik buta di sekeliling kenderaan, dan apabila dipasang dengan pilihan Pek Tunda dari kilang, memantau titik buta di sekeliling treler, memaklumkan pemandu tentang sebarang bahaya yang dikesan. Sistem ini boleh menanggung treler sehingga 2.4 meter lebar dan 10 meter panjang.
- Enhanced Pre-collision assist dengan fungsi persimpangan boleh menggunakan brek secara automatik untuk mengelak atau mengurangkan kesan kemalangan di mana pemandu memasuki ke laluan bertentangan, dan sistem mengesan perlanggaran akan berlaku.
No Comment