Motosikal / Skuter / Roda

Honda RS150R Kini Boleh Didapati Dalam Warna Baharu – RM8,299

Rupanya-rupanya Honda RS150R masih lagi ditawarkan di pasaran walaupun RS-X sudah pun dilancarkan pada November tahun lalu. Untuk model tahun 2022, Boon Siew Honda memberikan model ini kemas kini dalam bentuk pilihan warna baharu iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Radiate Grey Metallic

Honda RS150R

Bukan itu sahaja, enjin sejukan cecair empat lejang DOHC bersesaran 149.2 cc yang menguasakan RS150R kini mematuhi piawaian emisi Euro 4 yang lebih ketat. Bagaimanapun, kuasa yang dihasilkan masih sama iaitu 15.8 hp pada 9,000 rpm dan 13.6 Nm tork pada 7,000 rpm.

Honda RS150R

Bahan api disalurkan ke dalam enjin menerusi sistem suntikan bahan api PGM-FI dari tangki berkapasiti 4.5 liter. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Dari segi kelengkapan, RS150R hadir dengan lampu utama LED, meter digital dan brek cakera hidraulik pada bahagian depan dan belakang. Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik dan lengan ayun, manakala rim yang digunakan adalah bersaiz 17 inci.

Honda RS150R

Harga jualan RS150R versi 2022 bermula dari RM8,299 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km oleh Boon Siew Honda.

Previous post

Qualcomm Menambah Ciri Baharu Pada Casis Digital Snapdragon

Next post

BYD Auto Lancar SUV Elektrik Atto 3 Di Australia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *