Berita Auto

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae Berharga Dari RM6.0 Juta

Beli LP 780-4 Ultimae ini atau beli Rolls Royce dengan wang yang sama banyak?

Lamborghini Kuala Lumpur dengan berbesar hati telah mempersembahkan Aventador LP 780-4 Ultimae yang merupakan model definitif baharu yang dihasilkan bagi meraikan kereta super sport ikonik V12 itu.

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae edisi khas berharga RM 1.8 juta (sebelum duti dan pilihan) Malaysia iaitu kira-kira RM6.0 juta.

Kebanyakan pembeli akan ‘meletakkan’ Lamborghini mereka di Langkawi tanpa cukai selama 2 hingga 3 tahun dan baru kemudian membawa masuk kereta itu ke Malaysia dengan membayar cukai import yang lebih rendah. Semasa proses ini, pembeli menggunakan kereta mereka di Semenanjung Malaysia selama 30 hari sahaja dalam setahun tanpa membayar duti import penuh.

Ini adalah mudah untuk kebanyakan pembeli kerana mereka mungkin sudah mempunyai 3 atau 4 supercar bebas cukai yang diletakan di Langkawi yang akan mereka guna bergilir sepanjang tahun dan bila di semenanjung mereka mungkin sudah ada 6 – 8 kereta lagi untuk digunakan sepanjang tahun.

Warna Pelangi

Aventador LP 780-4 Ultimae tersedia dalam 18 pelbagai warna, dengan rangkaian pilihan yang belum pernah tersedia sebelum ini dan lebih 300 warna tersedia melalui Lamborghini Ad Personam.

Livery, yang dibangunkan khusus oleh Centro Stile Lamborghini, meraikan kemuncak pengeluaran Aventador dengan keseimbangan bentuk yang harmoni, diserlahkan dengan sentuhan chiaroscuro antara bahagian hitam dan bahagian dalam warna yang sepadan.

Bahagian dalamnya telah diperhalusi sama rata dengan menggunakan bahan halus dan berfungsi, seperti gentian karbon untuk kemasan yang paling penting, dan kemungkinan untuk pemandu memperibadikan komponen berbeza dan mencipta model V12 beraspirasi yang lebih unik dan tiada tandingan.

Kuasa Dan Prestasi

Garisan elegan Aventador LP 780-4 Ultimae menekankan prestasi edisi akhir ini. Enjin dua belas silinder, 6.5 liter ‘Longitudinale Posteriore’ (LP) memberikan 780 CV: 40 CV lebih daripada Aventador S dan 10 CV ke atas SVJ kepada pacuan empat roda kekalnya.

LP 780-4 Ultimae meraikan watak mendalam, kuasa dan prestasi evolusi sepuluh tahun Lamborghini Aventador, termasuk rekod Nürburgring-Nordschleife pada Julai 2018; kemajuan teknikal super sports dan kemewahan mod S; dan ketulenan konsep asal Aventador.

Ia adalah kemuncak utama enjin pembakaran V12 tradisional dan Aventador terbaik dari semua segi.

Monokok gentian karbon Aventador LP 780-4 yang unik, sangat tegar dan ringan, serta penggunaan gentian karbon yang meluas di seluruh badan, menyumbang kepada berat keringnya hanya 1,550 kg.

Versi coupé, 25 kg lebih ringgan daripada Aventador S, memberikan nisbah berat : kuasa yang sama seperti SVJ pada 1.98 kg/CV memecut dari 0-100 km/j dalam 2.8 saat dan kelajuan tertinggi 355 km/j , dengan 720 Nm tork pada maksimum 6750 rpm, dan mengoptimumkan VVT (Variable Valve Timing) dan VIS (Variable Intake System) untuk keluk tork yang dioptimumkan.

Sistem brek CCBnya memberhentikan Ultimae ini dalam hanya 30 m.

UlTIMAE – SATU MASTERPIECE PENGELUARAN

Aventador LP 780-4 Ultimae meraikan garis dan permukaan Lamborghini Aventador yang kompleks lagi elegan: kemuncak legasi reka bentuk aspirated-V12 Lamborghini.

Memberi penghormatan kepada prestasi penanda aras SVJ dan keanggunan super sport abadi bagi model S, ia mengambil komponen terbaik dari kedua-duanya untuk mencipta keseimbangan sempurna antara prestasi dan dinamisme dengan kecanggihan yang berkekalan.

Lamborghini hanya akan mengeluarkan 350 coupe dan 250 roadster. Jadi, jika anda mahukannya, cepatlah sebelum terlambat.

Previous post

Volvo Sedang Menguji Pengecasan Tanpa Wayar Untuk Kenderaan Elektrik

Next post

Asal Usul Ford Raptor Dikongsi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *