Regas Premium Sabah Buka Pusat 4S BMW Di Kota Kinabalu
Regas Premium Sabah – satu-satunya wakil pengedar bertauliah BMW di Sabah sejak 2018, telah membuka pusat pengedaran 4S baharu miliknya yang dipindahkan ke Kota Kinabalu.
Selain jualan kenderaan jenama BMW, BMW Motorrad, BMW Premium Selection (BPS) serta BMW i, pusat pengedaran baharu ini turut menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti termasuk insurans kereta, tukar beli kereta terpakai dan BMW Financial Services.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Sejak usaha sama kami dimeterai pada Julai 2018, Regas Premium Sabah telah menjadi rakan kongsi yang amat bernilai dalam melancarkan hubungan kami dengan para pelanggan setia kami di Sabah.
“Sebagai Wakil Pengedar Bertauliah BMW, Regas Premium Sabah berjaya membawakan Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang dijanjikan buat para pelanggan di negeri ini, dengan menyumbang 300 lebih buah kenderaan dalam bilangan penyerahan kenderaan kami setiap tahun.”
Datuk Matthew Tan Yaw Tzuu, Prinsipal Pengedar merangkap Pengarah Urusan Regas Premium Sabah menyatakan, “Peluang untuk menyediakan Pengalaman Pemilikan Premium buat para pelanggan di Malaysia Timur terus menjadi kebanggaan kami, iaitu sentimen yang turut dikongsi oleh BMW Group Malaysia.
“Atas dasar itu, pusat pengedaran baharu kami yang diperluaskan ini berfungsi untuk terus melakar prestasi cemerlang yang kami rekodkan sejak tiga tahun setengah yang lalu dalam menyediakan aneka kenderaan premium lagi berkualiti, termasuk perkhidmatan pascajualan yang komprehensif buat para pelanggan kami di Sabah.”
Pusat pengedaran empat tingkat yang baharu ini mempunyai ukuran 40,000 kaki persegi, lebih besar berbanding bilik pameran terdahulu yang terletak di Jalan Penampang. Ia dapat mempamerkan 28 buah kenderaan yang merentasi portfolio BMW Group untuk para pengunjung di Sabah.
Selain itu, pusat pengedaran yang ditunjangi 54 orang kakitangan ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti Customer Lounge, Handover Lounge, Isetta Bar, BMW Lifestyle & Merchandise, BMW Parts, Relaxation Zone, Reception at the Car (RATC), Grand Klasse (GKL) Lounge, kelab BMW Motorrad Community, BMW Motorrad Gear & Garment, serta kemudahan pengecasan AC/DC di ruang parkir pelanggan.
Regas Premium Sabah kini terletak di Lot 2, Jalan Iramanis, Off Jalan Ulam Bunga Raja, 88400, Kota Kinabalu, Sabah. Waktu operasinya adalah mulai jam 8:30 pagi setiap hari; ditutup pada hari Ahad. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.bmw-regas.com.my/.
No Comment