Uncategorized

Spesifikasi Enjin AMG M139 Lotus Emira Didedahkan

Spesifikasi 2.0L AMG yang menjanakan Lotus Emira telah dikongsi secara rasmi.

Bila Lotus mengumumkan dahulu bahawa Emira adalah pengganti kepada kereta legasi mereka, difahamkan bahawa ia akan ditawarkan dengan dua enjin. Model spesifikasi teratas akan dipasang dengan enjin 400 kuasa kuda supercharged 3.5L V6 daripada Toyota. Juga difahamkan bahawa Lotus akan bekerjasama dengan Mercedes-Benz untuk enjin 4-silinder model asas mereka. Enjin yang dimaksudkan adalah M139 – enjin petrol 4 silinder paling berkuasa dalam mana-mana kereta pengeluaran. Ia ditala secara unik kepada spesifikasi Lotus dan tidak sama dengan motor yang terdapat pada Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+.

Dalam kenyataan media baru-baru ini, Lotus mendedahkan bahawa motor AMG 2.0L ini akan ditala kepada 360bhp, yang meletakkannya jauh di bawah kemampuan kuasa 415bhp yang dimilikinya. Had enjin ini mungkin dilakukan untuk mengekalkan status V6 sebagai ‘flagship’nya. Ia juga mungkin mempunyai kaitan dengan pelepasan, kecekapan dan jangka hayat powertrain itu. Enjin 2.0L AMG akan dipadankan dengan transmisi klac berkembar 8-kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang.

Enjin 2.0L ini juga didatangkan dengan penutup enjin yang unik dan lencana pada C-pillar untuk membantu membezakannya dengan model V6. Lotus menjanjikan pelanggan pelbagai pilihan kemasan dan bahan pilihan tanpa kos tambahan, dengan beberapa pilihan kos untuk sentuhan yang lebih peribadi.

Tahap peralatan standard juga agak tinggi. Terdapat satu set roda aloi tempaan 20″ ultra-ringan V-spoke, cakera brek dua keping, lampu LED bulat, penyudah ekzos titanium, cermin pintu lipatan kuasa ‘heated’, ‘sensor’ tempat letak kereta belakang dan sistem pemantauan tekanan angin. Terdapat juga tempat duduk yang dipanaskan dengan kebolehlarasan 12 hala dan dua memori pratetap yang dipautkan ke cermin pintu untuk tempat duduk pemandu. Climate control, cruise control, keyless start, voice control, Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooth, soket USB/12v, sistem audio premium KEF 10-saluran/340W, skrin sentuh 10.25-inci dipasang di tengah, TFT 12.3-inci kluster instrumen, stereng pelbagai fungsi dan mod pacuan boleh pilih. Semuanya merupakan sebahagian daripada set ciri standard pada Emira.

Pilihan cat luaran termasuk:

Seneca Blue, Magma Red, Hethel Yellow, Dark Verdant, Shadow Grey and Nimbus Grey.

Pilihan warna dalaman termasuk:

Red, black, grey and tan Nappa leather

atau

Black Alcantara dengan red, yellow atau grey stitching

Harga untuk Emira empat silinder akan bermula dari £59,995, dengan model V6 ‘entry-level’ bermula dari £64,995 manakala Emira Edisi Pertama bermula dari £71,995. Penghantaran ditetapkan untuk bermula pada penghujung tahun 2022. 7 warna baharu akan ditawarkan pada tahun 2023.

Previous post

Aston Martin V12 Vantage Debut Dengan 333 Dijual Habis Sebelum Pelancaran

Next post

Jualan Dan Pengeluaran Untuk Februari 2022 Jauh Lebih Baik Daripada Jangkaan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *