Motosikal / Skuter / Roda

Yamaha X-Max 2022 Dapat Enjin Euro 4, Pilihan Warna Baharu

Pertama kali dilancarkan di Malaysia pada 2018, Yamaha X-Max 250 telah dikemaskini untuk model tahun 2022. Skuter maxi itu kini hadir dengan enjin yang mematuhi piawaian pelepasan Euro 4, pilihan warna yang lebih segar serta beberapa ciri baharu.

Walau bagaimanapun, enjin sejukan cecair, silinder tunggal SOHC bersesaran 250 cc itu masih lagi menghasilkan 22.5 hp (16.8 kW) pada 7,000 rpm dan 24.3 Nm pada 5,000 rpm seperti sebelum. Kuasa disalurkan ke roda oleh transmisi tali sawat-V automatik.

Yamaha X-Max 250 2022

Untuk warna pula, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menawarkan dua pilihan baharu iaitu Icon Grey dan Power Grey. Warna Icon Grey dipadankan dengan rim biru, manakala warna Power Grey pula tampil dengan rim hitam.

Sebagai pelengkap, model ini turut mendapat perumah lampu isyarat dengan efek smoked, serta rekaan baharu untuk kunci pintarnya.

Seperti sebelum ini, X-Max 250 dilengkapi dengan lampu LED pada bahagian depan dan belakang, bar hendal dan penghadang angin boleh laras, instrumen panel LCD dan soket 12V. Ruang simpanan di bawah pelana boleh memuatkan sehingga dua buah topi keledar jenis full face.

Turut disertakan adalah ciri keselamatan iaitu ABS pada tayar depan dan belakang, dan Traction Control.

Yamaha X-Max 250 2022

X-Max 250 model tahun 2022 dijual pada harga RM21,998 tidak termasuk insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian didatangkan dengan kunci brek cakera bernilai RM100 secara percuma.

Previous post

Pusat 3S Pertama Peugeot Dilancarkan Di Glenmarie

Next post

Nissan LEAF Refreshed Untuk 2022 Dengan Penggayaan Luaran Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *