Motosikal / Skuter / Roda

13,450 Unit Motosikal Ducati Dijual Pada Suku Pertama 2022

Segalanya nampak sedang berjalan dengan lancar untuk Ducati pada ketika ini. Pada tahun lalu, pengeluar motosikal dari Itali itu mencatatkan rekod jualan tertinggi dalam sejarahnya dengan 59,447 unit berjaya dijual di seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, syarikat itu turut mencapai hasil jualan dan keuntungan operasi terbaik pada tahun itu walaupun perlu berdepan dengan cabaran pandemik dan masalah kekurangan bekalan.

Untuk tahun 2022 pula, Ducati nampaknya bermula dengan baik apabila merekodkan jualan sebanyak 13,450 unit dalam tiga bulan pertama, menunjukkan peningkatan sebanyak 5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan 40% berbanding tahun 2020.

Itali sekali lagi muncul sebagai pasaran utama untuk Ducati dengan 2,544 unit (+8%) motosikal diserahkan, diikuti dengan Jerman dengan 1,382 unit (+9%). Pertumbuhan yang ketara turut dicatatkan di Perancis, di mana sebanyak 1,153 unit motosikal Ducati berjaya dijual, 29% lebih banyak berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Ducati Scrambler Nightshift

Selain itu, pasaran United Kingdom dan Brazil turut menunjukkan prestasi yang baik, masing-masing mencatat jualan sebanyak 860 unit (+46%) dan 241 unit (+21%).

Dari segi model, Multistrada V4 kekal sebagai pilihan popular di kalangan pelanggan Ducati dengan jumlah penyerahan mencecah 2,456 unit. Ia diikuti oleh Monster dengan 1,868 unit dan barisan model Ducati Scrambler 800 dengan 1,557 unit.

Previous post

Konsep Audi Urbansphere Telah Direka Dari Dalam Ke Luar

Next post

BMW 7 Series Dan Electric i7 Serba Baharu Didedahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *