Adakah Dakwaan Reseller Tesla Ini Dapat Mengaturkan Tuntutan Waranti Pelanggannya Benar?
Luahan Reseller/Penjual Semula Tesla, Rex Lim di halaman FB Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia.
Pada bulan Jun 2020, kami melaporkan tentang pengedar Tesla Model 3 yang agak mencurigakan yang mengatakan bahawa dia boleh membawa masuk kereta baharu ini dari Jepun di bawah syarikatnya, KRT Japan (yang nampak macam pengeksport kereta dari halaman facebook mereka). Lelaki di sebalik semua ini ialah seorang lelaki bernama Rex Lim. Minggu ini, Rex Lim mula menyiarkan di Halaman Facebook Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia tentang diminta membantu pembaikkan Tesla di Malaysia.
Dia berkata dia mendapat banyak panggilan untuk mendapatkan bantuan daripada pemilik dan peniaga berkenaan isu Tesla dan kemudian menerangkan contoh Model X dengan masalah motor belakang dan bateri.
Rex Lim berkata bahawa dia dapat mendiagnosis masalah itu dengan cepat melalui udara/over the air (OTA). KRT
Pada penghujung cacatan FaceBook itu, dia menyebut bahawa Tesla datang dengan jaminan 8 tahun yang harus digunakan. Dia juga mengatakan bahawa dia hanya bertanggungjawab untuk Tesla yang dia sendiri bawa masuk dan jual.
Kami tidak pasti apa sebenarnya yang tersirat di sini. Mungkin dia bermaksud untuk mengatakan bahawa kaedah beliau mengimport Tesla membolehkannya menggunakan jaminan pengilang sekiranya masalah timbul. Dia tidak mengatakannya secara langsung, tetapi dia nampaknya mengimplikasikan bahawa jaminan pengeluar harus digunakan dalam situasi seperti ini. Jika dia lakukan semua ini untuk buat duit, sudah pasti di sini adalah peluang untuk menyediakan perkhidmatan jaminan ini dengan pembayaran. Atau mungkin dia ada lubang untuk tuntutan waranti dengan hanya kereta yang dia bawa masuk sendiri.
Membeli Tesla daripada pengimport pasaran kelabu/grey market importer, tanpa mengira apa yang mereka dakwa, adalah sesuatu yang sangat berisiko. Ini adalah kenderaan yang memerlukan sedikit penyelenggaraan selain dari komponen seperti penapis udara kabin, tayar, cecair brek, calliper, pad dan penghawa dingin. Mencari pakar untuk mendapatkan bahagian berkenaan adalah satu perkara. Jika motor atau bateri gagal, ini adalah masalah yang lain. Bahagian ini sangat sukar dan mahal untuk dibaiki walaupun di AS. Mungkin dia bermaksud, tuntutan waranti di luar pasaran asalnya? Itu lagilah susah. Kami baru-baru ini memandu Model X dan mendapati bahawa kemas kini perisian melalui udara sering dimatikan oleh penjual pasaran kelabu.
Mungkin Mr Rex Lim telah menggunakan ‘silap-mata’ untuk mengatasi masalah ini. Walau apa pun keadaannya, anda harus sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati dengan apa-apa tawaran yang serupa terlalu baik untuk di percayai.
No Comment