Honda City Hatchback RS e:HEV Dipandu Uji Di Langkawi
City Hatchback hadir sebagai pengganti Jazz yang telah dihentikan pengeluarannya di kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka. Ianya dilancarkan pada awal Disember 2021 dengan harga selepas pengecualian cukai jualan:
- S: RM75,670
- E: RM83,080
- V: RM87,860
- RS e:HEV: RM107,783
Varian S, E dan V dikuasakan oleh enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi jenis CVT yang ditugaskan untuk memacu roda hadapan.
Walau bagaimanapun varian flagship RS e:HEV mereka pula dilengkapi dengan enjin 1.5 intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dan transmisi e-CVT. Gabungan yang menghasilkan 109 PS dan 253 Nm, tertinggi dalam segmen ini dan setara dengan tork enjin kereta NA segmen D.
City Hatchback RS e:HEV lain dari yang lain. Ianya lebih hijau berbanding kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang banyak dijual di Malaysia. Menurut laporan daripada sumber yang boleh dipercayai, PHEV sebenarnya menggunakan bahan api 3 kali lebih banyak daripada yang diiklankan apabila ia tidak dicaj.
Ramai penguna PHEV, kami difahamkan, sudah biasa mengecas PHEV mereka setiap malam, tetapi lebih ramai lagi yang tidak mengecas PHEV mereka SAMA SEKALI. Amalan ini bercanggah dengan tujuan membeli kereta hijau. Malah ianya lebih hijau memandu kereta petrol berbanding memandu kereta PHEV yang tidak dicas.
Melainkan, jika anda gunakan e:HEV. Untuk mereka yang malas mengecas PHEV anda, e:HEV mungkin lebih sesuai untuk anda.
City Hatchback RS e:HEV direka bentuk khususnya agar anda tidak perlu mengecasnya setiap malam. Dan tidak seperti PHEV, kebanyakan pergerakan City Hatchback RS e:HEV dikuasai terus oleh motor elektriknya. Motor petrol sistem e:HEV ditugaskan terutamanya untuk mengecas dan mengekalkan pek baterinya dalam keadaan cas optimum. Sistem e:HEV memastikan bateri kekal sihat untuk jangka masa panjang.
Dengan pemanduan biasa, anda akan perasan bahawa enjin Honda City Hatchback RS e:HEV hidup hanya beberapa minit sahaja. Ianya kemudian akan diam buat seketika. Semasa ianya diam, penghawa dinginnya masih kekal sejuk dan tiada kehilangan kuasa enjin. Bahan petrolnya dibakar dengan cara yang sangat cekap dan berhemat. Ketika anda idle, anda tidak boleh tekan minyak untuk rev enjin anda.
Enjin petrol di bawah hud City Hatchback RS e:HEV direka bentuk untuk memerah sebanyak mungkin tenaga dari petroleum yang digunakan menjadi tenaga kinetik.
Walaupun dengan hujan dan jalan yang licin, mendaki dan menuruni Gunung Raya di Langkawi dengan City Hatchback RS e:HEV ini tidak bermasalah. Dengan kuasa 109 PS dan tork 253 Nm, suspensi dan casis City Hatchback RS ini terbaik untuk pemanduan dinamik. Hatchback ini lebih laju daripada yang dijangkakan apabila anda benar-benar memerahnya. Kelajuan tertinggi tidak penting jika anda ada tork, suspensi dan casis yang kukuh. Memotong trafik yang perlahan bagaikan memotong agar-agar. Bunyi enjinnya yang kita sudah biasa dan kenal, masih ada ketika memandu agresif.
KELAINAN
Pertama, reka bentuk City Hatchback secara keseluruhan. Penampilannya adalah lebih sporti and dinamik, lebih-lebih lagi dengan bodykit RS dan warna Ignite Red. Aksen merah di dalam yang tidak ada pada versi sedan.
Kedua, ruang. Cara kerusi ultra di lipat boleh menyediakan mod yang berbeza-beza. Ada Mod Utiliti, Mod Panjang, Mod Santai dan Mod Tinggi. Ada mod yang sesuai untuk anda.
Ketiga, harga dan kedudukannya di pasaran. Kereta segmen B CKD ini adalah untuk mereka yang ingin menaik taraf daripada jenama tempatan. Tetapi dengan Honda City Hatchback RS e:HEV ini, ia bukan saja naik taraf tetapi, melonjak naik dengan jumlah peralatan yang disertakan:
- Brek Parking Elektrik
- Honda Sensing (ADAS) dengan Adaptive Cruise Control
- Honda Connect
- Honda LaneWatch
- Dalaman dan bodykit RS
- Penghawa dingin auto
- Bolong penghawa dingin belakang
- Lampu hadapan LED automatik
- Lampu kabus hadapan LED
- Lampu kombi belakang LED
- 16″ roda aloi
- 6 beg udara
- Setat enjin remote
- Paparan 8″ Audio dengan Android Auto dan Apple CarPlay
- Kamera undur
- Paddle Shifters (Regen Braking)
- Kerusi Ultra
Kebanyakan daripada peralatan ini adalah khusus untuk segmen B, termasuk Setat Enjin Remote, Brek Parking Elektrik, LaneWatch dan bolong penghawa dingin belakang.
Kereta ini jelas ditujukan kepada golongan yang berbeza. Anda boleh menurunkan taraf daripada kenderaan segmen C generasi sebelum ini dan mendapatkan lebih banyak peralatan. Anda boleh menggantikan hatchback premium peringkat permulaan RM200,000 dengan City Hatchback RS.
No Comment