Motosikal / Skuter / Roda

Honda RS-X Edisi Repsol – 5,000 Unit Sahaja, RM9,948

Boon Siew Honda baru-baru ini melancarkan Honda RS-X edisi Repsol yang ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 5,000 unit sahaja. Harga jualan bermula dari RM9,948 tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.

Sejak dilancarkan pada November 2021, RS-X telah mendapat sambutan yang menakjubkan oleh rakyat Malaysia yang menghargai kombinasi gaya sporty, prestasi unggul dan ciri-ciri termaju.

Honda RS-X Repsol

Untuk tahun 2022, RS-X menyerlahkan lagi DNA Super Sports-nya menerusi livery Repsol yang menampilkan gabungan warna putih, merah dan jingga, tidak ubah seperti jentera RC213V yang digunakan oleh pasukan Repsol Honda dalam MotoGP.

RS-X dikuasakan oleh enjin sejukan cecair 150 cc silinder tunggal yang menghasilkan 15.8 hp (11.8 kW) pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm pada 7,000 rpm. Enjin yang mematuhi piawaian emisi Euro 4 itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Honda RS-X Repsol

Bagi memberikan pengalaman menunggang yang lebih selamat dan santai, RS-X juga dilengkapi dengan Anti-lock Braking System (ABS), pemacu rantai bertutup dan speedometer digital sepenuhnya.

Menurut Boon Siew Honda, selain edisi Repsol ini, pilihan warna lain untuk RS-X masih tersedia.

Previous post

Pemilik Subaru XV Yang Dilanda Banjir Pulih Keretanya

Next post

Sam Ke Ting Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM10,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *