Servis / Selepas Jualan / Penyelenggaraan / Mod

Nikmati Penjimatan Sehingga 20 Peratus Dengan Promosi Selepas Jualan Raya Ford

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi Selepas Jualan Raya bermula 15 April sehingga 31 Mei 2022.

Semasa tempoh kempen ini, pelanggan yang menempah slot servis akan menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk minyak pelincir, pakej pemasa dan brek, serta potongan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej ini. Mereka juga boleh berjimat sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih.

Tawaran lain termasuk servis tambahan seperti alignment dan balancing, servis asas penyaman udara, menggilap dan sanitasi.

Untuk lebih ganjaran, pelanggan yang berbelanja sejumlah RM1,000 dan ke atas untuk mana-mana tawaran kempen Raya ini dan servis terpilih lain akan menerima beg sukan eksklusif.

Semua pemilik Ford juga boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin percuma yang dilakukan oleh juruteknik bertauliah Ford, manakala semua pelanggan yang menghantar mereka untuk servis akan mendapat paket Raya Ford.

Pelanggan mendapat jaminan bahawa hanya alat ganti OEM digunakan oleh pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara. Setiap alat ganti didatangkan dengan jaminan selama 12 bulan atau 20,000 km, yang mana tiba dahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Sementara itu, pemilik Ranger pula boleh mendapatkan Waranti Lanjutan PremiumCare Ford untuk menikmati perlindungan tambahan selama dua tahun terhadap kos pembaikan tidak diduga selepas waranti standard lima tahun tamat.

Pemilik Ranger juga boleh menikmati tawaran pakej aksesori empat dalam satu berharga RM1,628 dan sesuaikan kenderaan mereka mengikuti citarasa sendiri. Jika mahu, mereka boleh membeli aksesori berasingan mengikut pilihan.

Pelanggan boleh membuat tempahan janji temu servis secara dalam talian menerusi laman web Ford pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.

Bagi pusat Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching, telah ada pilihan tempahan temu janji e-servis masa nyata. Ini membolehkan pelanggan mengetahui dengan segera slot masa yang ada serta memilih dan mengesahkan jadual pilihan mereka sehingga sebulan lebih awal.

Previous post

Kes Korban Basikal Lajak - Masih Ramai Yang Berdebat. Siapa Yang Salah?

Next post

Kini Pula Giliran Kia Dengan Facelift Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *