Op Selamat: PDRM Buru Pesalah Trafik Miliki Waran Tangkap
Pengguna jalan raya yang mempunyai waran tangkap lampau akan ditahan sepanjang Op Selamat yang akan bermula Jumaat ini hingga 8 Mei.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata mereka yang ditahan akan dibawa ke balai polis berdekatan manakala mereka yang mempunyai saman tertunggak akan diminta untuk menjelaskan saman mereka.
Tambah Datuk Razarudin, pihak polis akan mengoptimumkan penggunaan alat pengesanan had laju ‘in-car radar’ di sepanjang lebih raya dan jalan-jalan utama sepanjang Op Selamat itu.
Alat itu membolehkan semua kereta peronda polis mengesan mana-mana kenderaan yang digunakan dalam kegiatan jenayah serta pemilik yang memiliki rekod jenayah dikehendaki polis.
Selain itu, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan menggunakan sistem iCOPS untuk mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap.
Operasi yang akan berjalan selama 10 hari itu akan memfokuskan kepada keselamatan harta benda dan kediaman serta mengurangkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. Selain itu, ia juga bagi meminimumkan kes kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut.
No Comment