Bisnes

Proton Jual 13,028 Unit Kenderaan Pada Mac, Naik 41.2% Berbanding Februari

Proton telah mengumumkan prestasi jualannya bagi bulan Mac 2022, di mana ia berjaya menjual sebanyak 13,028 unit kenderaan bagi pasaran domestik dan eksport. Syarikat itu berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 41.2% berbanding bulan sebelumnya, bersamaan dengan ramalan pegangan pasaran sebanyak 19%.

Bagaimanapun, bagi prestasi suku pertama 2022 iaitu dari Januari hingga Mac, Proton mencatat penyusutan sebanyak 18.6% kepada 26,706 unit berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pegangan pasaran terkumpul turut menurun sebanyak 5.7% kepada 17.5%.

Proton berkata prestasi suku pertama itu berpunca daripada bebarapa masalah termasuk vendor tempatan yang terjejas akibat banjir tahun lalu, gangguan logistik serta kekurangan cip.

Walaupun jumlah jualan untuk Mac turun sebanyak 13% berbanding bulan yang sama pada tahun 2021,
Proton masih mencatatkan beberapa rekod yang patut diberi perhatian. Sebagai contoh, Proton Saga mencatat pencapaian terbaik sejak November 2013 dengan jualan mencecah 6,422 unit pada bulan lalu. Ini bukan sahaja menjadikan Saga sebagai peneraju jualan untuk sedan segmen A tetapi juga model segmen A terlaris secara keseluruhan.

Sementara itu, Proton X70, X50 dan Exora mengekalkan kedudukan dalam segmen masing-masing dengan jualan 2,320 unit, 1,573 unit dan 536 unit. Persona dan Iriz menduduki tempat ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing akibat persaingan sengit dan kekurangan alat ganti yang terus menjejaskan jualan.

“Tiga bulan pertama tahun 2022 sangat mencabar bagi Proton dan pelanggan kami. Isu pengeluaran yang berterusan menindas potensi sebenar kami yang mengakibatkan senarai menunggu yang panjang. Bekalan alat ganti kami dan jumlah pengeluaran mula stabil pada bulan Mac tetapi kami menjangkakan beberapa lagi gangguan dalam beberapa bulan akan datang apabila industri lain meningkatkan pengeluaran mereka,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Bagaimanapun, Roslan berkata Proton yakin boleh pulih dengan kukuh pada suku berikutnya menerusi kerjasama dari vendor dan pengedar bagi melancarkan rangkaian bekalan untuk menyerahkan kereta kepada pelanggan.

Previous post

Jaguar Land Rover Komited Kepada Neutrality Karbon Seluruh Syarikat Menjelang 2030

Next post

Negara Rugi Setiap Kali Warga Singapura Beli Petrol RON95

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *